Delegasi sampaikan sumbangan kebajikan kepada balu Tuan Guru Ustaz Tajul Arifin (EXCO GPMM)

MERU, 8 OGOS: Delegasi perwakilan GPMM diketuai SU Agung, Ustazah Khadijah Ibrahim telah melaksanakan lawatan kebajikan kepada balu Allahyarham Tuan Guru Ustaz Tajul Arifin bin Mohamad Kamin di kediaman mereka di Meru, Klang Selangor.

Allahyarham Tuan Guru Ustaz Tajul Arifin bin Mohamad Kamin yang telah kembali ke Rahmatullah pada 3 Ogos 2024 ketika dalam perjalanan menghadiri majlis konvo tahfiz anak bongsu di Pulau Pinang telah meninggalkan 4 orang anak perempuan dan seorang lelaki. Dalam lawatan ini, SU GPMM turut menyampaikan sumbangan kebajikan daripada kutipan ahli GPMM dan sumbangan peribadi Dato’ Indera Ir. Dr. Hj Ahmad Sabirin Arshad (Pengerusi GPMM).

Seluruh warga GPMM mendoakan semoga Ustazah Nor Jilah Binti Sabudin dan keluarga akan terus berada dalam peliharaan Allah SWT serta menghadapi kehilangan ini dengan penuh tabah dan kesabaran serta dipermudahkan segala urusan.