Konsultansi asas pertama rawatan


Merawat adalah usaha atau ikhtiar agar masalah atau penyakit yang fihidapi oleh seseorang diberi kesembuhan oleh Allah SWT. Dalam rawatan berdasarkan petunjuk Tibb Nabawi, metode yang digunakan ialah doa, ruqyah dan penggunaan bahan rawatan. Adapun teknik ia terdiri dari pelbagai berdasarkan pengalaman dan tajribah masing-masing.

Tugas perawat ialah merawat, dia bukannya pendakwah, penceramah, mahupun pentazkirah. Walau bagaimanapun elemen dakwah tetap boleh diterapkan jika perawat tahu memanipulasikan sesi rawatan dengan memasukkan elemen dakwah, nasihat dan bimbingan kerana semua itu perlukan ilmu khusus; teknik dan pendekatan dakwah yang efisien. Ini bermakna dakwah kepada pesakit fizikal, pesakit gangguan, kanak2 bahkan dakwah kepada golongan jin adalah tidak sama atau berbeza samasekali..

Dalam rawatan, selain ruqyah dan bahan rawatan, aspek yang penting ialah konsultasi kepada pesakit atau ahli keluarga atau kenalan yang menemaninya. Tempoh konsultasi biasanya antara 20- 30 % tempoh sesi rawatan. Jika tempoh rawatan diambil 30 minit maka 10 minit hanya untuk konsultasi. Ia bergantung pada jenis masalah atau penyakit dan tahap kereriusannya. ia boleh dilakukan pada awal atau akhir sesi rawatan.

Apa yang hendak dikonsultasikan?. Antaranya:

  1. Latarbelakang masalah yang dihadapi.
  2. ⁠Punca masalah@penyakit.
  3. ⁠Apa yang perlu dilakukan sepanjang tempoh rawatan dan setelah sembuh.
  4. ⁠Apa pantang larang yang perlu dijauhi.
  5. ⁠Apa doa dan zikir yang pesakit perlu amalkan.
  6. ⁠Amalkan pengambilan bahan rawatan secara betul dari segi sukatan, dos, kekerapan dsb.
  7. Terus berikhtiar dan jangan cepat putus asal.
  8. ⁠Elakkan amalan yg meragukan dan boleh terjebak dalam perangkap iblis, kesyirikan dan kekufuran.
  9. ⁠Amalkan pemakanan sunnah selalu.
  10. ⁠Apa-apa panduan, nasihat dan peringatan yang berfaedah demi kesembuhan pesakit.

Dr-Abdy
Coretan 9.8.24