Wujud tak terapi muzik dalam sejarah industri pengubatan di dunia?
Suatu kupasan ilmu Siri-1
Mukadimah — Menggunakan muzik sebagai salah satu terapi kesihatan masih asing bagi kita bahkan dianggap pelik, sedangkan sarjana perubatan Islam silam sudahpun lama mengaplikasikannya.
Aktiviti terapi muzik merangkumi pelbagai teknik menggunakan muzik untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental, seperti mendengar, menyanyi, bermain instrumen muzik, dan bergerak mengikut rentak dan tempo.
Aktiviti ini membantu dalam menguruskan kesakitan, mengurangkan tekanan, meningkatkan kemahiran sosial, komunikasi, kognitif, dan keyakinan diri.
Muzik jika digunakan secara baik maka baiklah ia, jika sebaliknya, ia boleh mengundang kemurkaan Allah.
Manfaat terapi muzik:
- Psikologi: Mengurangkan tekanan, kemurungan, dan keresahan, serta meningkatkan mood.
- Kognitif: Membantu meningkatkan fungsi kognitif, seperti memori dan tumpuan.
- Sosial: Meningkatkan kemahiran bersosialisasi dan komunikasi.
- Fizikal: Membantu menguruskan kesakitan dan meningkatkan koordinasi motor.
Antara tokoh perubatan muslim silam yang menggunakan muzik sebagai terapi rawatan ialah .al-Razi, al-Farabi dan Ibn Sina.
Perkembangan aplikasi terapi muzik dalam rawatan perlu dilihat sebagai suatu instrumen yang boleh membantu pesakit mental dan gangguan psikospiritual. Maka bengkel dan seminar perlu diadakan untuk memberi kemungkinan nilai tambah kepada amalan sedia ada. Semoga akan wujud modul khas terapi muzik dalam rawatan yang patuh syariah dan menjadi rujukan bagi komuniti perawat pada masa hadapan.
Gpmm boleh merealisasikannya. Kalau bukan Gpmm siapa lagi kerana Gpmm adalah payung kepada perawat muslim semalaysia.
bersambung…
drAbdy 20.11.25

