Bolehkah jin asyiq memperkosa dan menghamili manusia

Persoalan timbul dalam kalangan masyarakat tentang gangguan yang dilakukan oleh makhluk halus atau jin ke atas manusia dengan berbagai cara dan mencetuskan berbagai kesan atau akibat dari penglibatannya ke atas manusia. Spesis jin yang biasanya mencampuri manusia ialah samada jin sihir, jin warisan mahupun jin asyiq dan adakalanya terdapat bunian nakal yang berbuat demikian. Tulisan ini akan menyentuh mengenai penglibatan jin asyiq ke atas manusia wanita. Sebenarnya jin asyiq juga boleh mengganggu manusia lelaki baik dengan kerelaan manusia mahupun tanpa kerelaan manusia. Dan tentu sekali tiada kedapatan manusia yang merogol jin baik jin betina mahupun jin jantan. Jika ada yang berlaku, itu adalah dengan kerelaan kedua-dua pihak. Mengenai hubungan antara sesama jin dengan pelbagai spesis meereke bagaimanapun tidak akan disentuh dalam tulisan ini.


Pertanyaan yang sering diajukan ialah tentang jin asyiq yang merogol manusia. Betulkah itu jin asyiq atau spesis lain hendaklah dipastikan betul-betul. Jin asyiq ialah sejenis jin yang kononnya jatuh cinta pada manusia dan dengan melakukan pelbagai helah, ia boleh memperkosai manusia. Berdasarkan ilmu, pengalaman, info alam ghaib dan pengakuan jin serta mangsa-mangsa sendiri, maka jawapan umumnya adalah boleh. Boleh berlaku di sini bukan bererti harus di sisi syarak. Ada beberapa pertanyaan yang dikemukakan seperti berikut:

  1. Bagaimana jin merogol manusia?.

    Jawapannya boleh ketika dalam tidur, atau ketika separa sedar, bahkan ada yang dirogol sewaktu sedar atau jaga. Selebihnya ada ketika bermimpi.

  2. Kalau dirogol atau disetubuhi bolehkan manusia atau jin mengandung?,

    Jawapannya ialah boleh. Jin perempuan boleh mengandung dan melahirkan anak jika merogol manusia lelaki dan manusia perempuan boleh mengandung dan melahirkan anak (bunian) jika dirogol jin (kebiasannya spesis bunian; saya tidak akan menyentuh pasal bunian pada kali ini).

  3. Bolehkan Jin meliwat manusia?.

    Jawapannya ialah boleh. Ada kes yang berlaku manusia lelaki dirogol jin betina dan diliwat jin pula oleh jantan secara berselang seli atau bergilir-gilir.

  4. Bolehkan seseorang perempuan yang dirogol jin hilang dara?.

    Jawapannya ialah besar kemungkinan boleh terjadi. Apa yang berlaku, kebiasaan kes ialah tangan mangsa digunakan jin untuk dimasukkan ke dalam kemaluan. Ada juga kes si mangsa dapat merasa kemasukan kemaluan jin secara fizikal ke dalam kemaluan si mangsa. Selepas itu didapati terdapat koyakan dan pendarahan.

  5. Adakah berpakaian seksi, terselak, berseluar pendek atau tidak memakai pakaian dalam menyebabkan jin tertarik kepada manusia dan seterusnya menyebabkan manusia dirogol?.

    Jawapannya ialah tidak. Tiada sebarang kaitan sebenarnya gaya pemakaian mangsa yang diperkosa jin dengan kes kena dicabul oleh jin walaupun ramai ustaz atau penceramah agama mendakwa sedemikian. Sebenarnya kebanyakan atau hampir kesemuanya dirogol oleh jin kepunyaan warisannya sendiri (jin nasab, saka atau ambilan ilmu). Ini bermakna bukan angkara oleh jin luar, jin liar atau jin kepunyaan orang lain seperti jin penyihir. Bukan juga jin yang terserempak dengan orang di mana-mana lalu dijadikan mangsa.

  6. Apakah Simptom seseorang yang menjadi mangsa rogol jin ?.

    Jawapannya ialah banyak, namun antara ntara simptom yang jelas dan amat ketara adalah seperti berikut:-

    a) Bermimpi dalam tidur atau separa tidur melakukan hubungan seks dengan sesuatu kelibat atau jelmaan atau seseorang baik yang dikenali mahupun bukan dan gambaran dalam mimpi seperti benar-benar terjadi bahkan terdapat kesan-kesannya yang jelas.

    b) Diperkosa atau dicabul secara sedar dan mangsa boleh merasakan sentuhan dan hubungan kelamin dengan jari atau anggota jin tersebut.

    c) Bermimpi berkahwin dengan seseorang dan mempunyai bayi serta menjaga dan membelai bayi tersebut termasuk menyusuinya. Juga timbul perasaan kasih sayang pada pasangan mimpinya sepertimana juga pada bayi tersebut yang muncul dalam mimpi. Selain itu terdapat banyak lagi simptom yang akan dibincang pada sesi lain..

  7. Bagaimana cara mengatasi masalah ini?.

    Untuk mengatasinya, langkah pertama ialah mencari punca dari mana datangnya jin itu. Setelah itu selesaikan punca tersebut. Jika puncanya dapat dikenalpasti, maka jin tersebut hendaklah dihapuskan dari akar umbinya. Sebenarnya cerita dan kisah jin jatuh cinta kepada manusia atau sebaliknya, baik lelaki mahupun wanita adalah rekaan, tipudaya, helah dan karut-marut semata-mata. Manusia adalah sebaik-baik kejadian ciptaan Allah. Sebenarnya mereka amat berhasad dengki dan cemburu kepada manusia dan dalam masa yang sama tertarik kepada manusia. Manusia amat sempurna dan elok kejadiannya berbanding kejadian mereka. Jin bukan setakat merogol orang perempuan bahkan orang lelaki pun turut dirogolnya bahkan ada yang diliwat secara bergilir-gilir. Mohonlah bantuan perawat muslim yang dipercayai untuk melakukan rawatan pendinding dan mengnyahkan jin asyiq dari kehidupan mangsa atau bakal mangsa. Pilihan lain ialah melakukan rawatan mandiri setelah mendapat bimbingan dan tunjuk-ajar yang betul daripada orang-orang yang arif dan berpengalaman dalam bab ini.

    Selain itu amalkan selawat, istighfar, doa, zikir dan wirid secara istiqamah beserta memohon rahmat dan perlindungan Allah swt. Antara ayat yang boleh diamalkan ialah; al-Tariq (86: 1-17), Taha (20:1-5), Zalzalah (99: 1- 8) dan al-Haqqah (69: 1- 8).

    PENUTUP

    Seperti yang disebut di atas, kebiasaan jin yang datang merogol mangsa ialah berasal dari warisan leluhur atau saka keluarga atau kesan ambilan ilmu tertentu. Hanya sebahagian kecil kes berpunca dari jin liar, jin penumpang dan jin penyerang atau dihantar dari luar. Selain dari melakukan rawatan dan amalan pendinding, terdapat juga perawat yang melakukan tindakan yang lebih keras untuk menghukum kezaliman yang dilakukan oleh jin seperti membelasah jin, membakar, memasung bahkan membunuhnya dengan ayat-ayat ruqyah, bergantung pada tingkat mana penguasaan ilmu seseorang perawat tersebut. Berhubung hal ini ada yang mempertikaikan samada kehamilan boleh berlaku kerana perbezaan jisim, jumlah kromosom dan lain-lain dari sudut sains dan biologi antara kedua spesis yang berlainan. Sebenarnya kes-kes sedemikian bahkan ada yang hamil kemudian janinnya tiba-tiba hilang atau dibawa pergi ke alam sana bukanlah cerita yang asing dalam kalangan perawat. Jika dalam urat darah manusia pun jin boleh berlari dan bergerak bebas (Lihat Sahih Bukhari dan Muslim), maka hal-hal yang dianggap mistik dan metafizik sukar hanya ditentukan melalui pembuktian sains di makmal. Hanya jawhari yang mengenal maknikam.

    Wallahu A`lam.

    -drAbdy@GPMM (Ahli No. GI-0007)