Faedah halba

Berkata Ibn al-Qayyim rahimahullah: Apabila ia dimasak dengan air, ia boleh melegakan tekak, dada, perut, dan melegakan batuk, kekesatan, asma, dan sesak nafas. Ia meningkatkan kelegaan dan baik untuk angin, kahak, dan buasir.

Sebahagian para tabib berkata: sekiranya orang ramai mengetahui kelebihannya, nescaya mereka akan membelinya dengan timbangan seperti emas.

Zad al-Ma’ad:30
(Alihbahasa: drAbdy@GPMM-0007)