Wujudkah jurus dalam amalan pengubatan

Jurus bermaksud gerakan dan dalam praktik seni bela diri baik persilatan, judo, taekwondo, silambam, tai chi, wushu , tomoi@muay thai dll dinamakan juga sebagai buah pukulan, serangan, penangkis, pemati gerakan lawan dsb.

Dalam sebuah hadith Nabi SAW bersabda (maksud): Letaklah tapak tangan kanan di tempat sakit lalu baca ruqyah pada orang sakit tersebut dan ditiup@hembus. Dalam hadith lain Nabi SAW ajar doa perlindungan sebelum tidur iaitu merapatkan kedua2 belah telapak kemudian dibaca al-Fatihah, selawat, ayat kursi dan muawwizatayn lalu ditiup ke dua tapak tangan kemudian disapu muka, kepala, tengkuk dan anggota yg boleh dicapai sehingga ke hujung kaki lalu dihembus. Itu juga dikira gerakan atau jurus.

Dari situ ulamak tibb nabawi berqiyas dengan menambah beberapa gerakan lain selain sapu iaitu, pukulan kecil, ketukan, sentuhan, picitan, cekaun dll bergantung pada jenis penyakit yang dialami oleh pesakit. Gerakan tertentu juga dilakukan oleh pengamal urutan, kiropraktik, pemulihan anggota dan sendi dll. Para pengamal melakukan diagnos dan bukan scanning.

Scanning dilarang oleh majoriti ulamak tibb nabawi kerana menyerupai amalan dukun perubatan non muslim. Mereka menggunakan gerakan tangan dan jari tanpa sentuhan ke beberapa bahagian badan seolah-olah radar sedang mengesan penyakit apa, menentukan jenis jin, berapa ramai jin dalam badan pesakit dsb. Jurus atau gerakan scanning tersebut dilarang kerana boleh mendatangkan fitnah.

Selain mengubat orang, perawat perlu berwaspada dengan talbis iblis. Jurus adalah gerakan dan istilah ini jarang digunakan dalam amalan pengubatan Islam, pengubatan lain saya tak nak komen, nanti dikatakan jaga tepi kain orang. Semoga ulasan ringkas ini daoat menjawab sedikit kekeliruan mengenai jurus wakaupun tidak selengkapnya.

Sekian,
Dr Abdy
25.1.24