DEMO kaedah dan teknik rawatan serta persiapan
Apabila mana-masa kursus pengubatan Islam selesai, ramai peserta yang terpinga-pinga apa harus dilakukan selepas itu. Adalah sekadar ingin tahu atau mengisi masa terbuang atau ingin berbakti kepada masyarakat yang memerlukan khidmat rawatan atau menjadi platform untuk mencari wang. Pengajar atau penceramah kursus perlu memberi bimbingan dan panduan yang betul bagaimana untuk menjadi pengamal atau perawat yang berwibawa dan profesional. Mereka perlu melalui ujian bertulis atau ujian lisan, perlu mentahsin Al-Quran bacaan doa dan ruqyah yang dipetik dari ayat-ayat al-Quran dan hadith, mengetahui selok belok etika, pengambilan herba perubatan dan teknik rawatan baik penyakit medis mahupun non medis. Demo harus dilakukan agar mereka nanti tidak mereka-reka teknik yang pelik dan mengelirukan. Justeru itu sebagai persediaan untuk menjadi perawat terutama yang junior, maka berikut adalah antara tatakelola yang perlu difahami, iaitu:
- Persiapan diri dan tempat, basuh tangan dengan betul menggunakan hand wash dan gunakan sanitizer untuk setiap langkah seterusnya.
- Persediaan peralatan yang sesuai dan bilik@ruang rawatan yang kondusif, selesa dan selamat.
- Etika pemakaian perawat dan pesakit. serta aspek aurat
- Bacaan ruqyah tidak terlalu laju atau terlalu perlahan, mulakan dengan doa penggerak n tutup dengan doa berkubu.
- Pemilihan ayat ruqyah yang tepat.
- Teknik meletak tangan, pukulan, tepukan dsb
- ruqyah pada air dan bahan rawatan.
- ruqyah pembatal dan penentang buhul sihir dan gangguan.
- penyediian bahan rawatan asas cth daun bidara, air, garam kasar dan lada hitam.
- Pastikan buku rekod/cacatan, kerusi meja, bekas dan plastik muntah, sinki, gelas, air mineral, tisu, sabun, sanitier, face mask, sarung tangan, temperature monitor, tuala, kain penutup, tudung, sarung dll disediakan dlm keadaan baik dan bersih sebelum guna dan kemaskan semula setelah selesai rawatan.
Semoga ianya menjadi panduan asas kepada perawat untuk memulakan karier dalam profesyen rawatan Islam yang berketrampilan demi memenuhi peranan sebagai salah satu sumbangan bakti kepada masyarakat. Sekian.
-drAbdy
22.9.24

