Kesilapan mendiagnos penyakit
Diagnos penyakit di hospital dilakukan untuk mengenalpasti jenis, tahap, punca dan kaedah rawatan yg sesuai digunakan dengan menggunakan instrumen atau peralatan tertentu. Begitu juga diagnos yang dilakukn oleh seorg perawat @ peruqyah dengan mnilai pesakit melalui bacaan ruqyah, tanda, gelaja dan sejarah kesihatan pesakit. Sering terjadi kesilapan kerana beberapa faktor:
1. Peruqyah kurang ilmu dan pengalaman tentang sesuatu penyakit.
2. Pemilihan ayat-ayat ruqyah yang kurang tepat.
3. Tidak menguasai atau memahami tanda dan gejala sesuatu penyakit baik jasmani, rohani mahupun gangguan.
Misalnya seorang pesakit gangguan sihir dikatakan bukan sihir. Macamana dia tahu bukan sihir kerana boleh jadi sebetulnya dia mangsa sihir.
Dengan itu pesakit dan ahli keluarganya merujuk ke hospital dan menemui pakar psikiatri atau ahli psikologi klinikal. Bayangkan betapa membazirnya masa, tenaga dan wang ringgilt pesakit jika peruqyah mengatakan dia bukan terkena sihir sedangkan dia sebenarnya mangsa sihir. Rawatan di hospital tidak menemukan kesembuhan bahkn situasi semakin buruk sehingga ditahan berbulan bahkn bertahun di wad psikiatri.
Begitu juga jika sekiranya pesakit berpunca dari angkara saka namun untuk mnyedapkan hati keluarga pesakit dikatakan itu sakit biasa. Memang perawat disarankn tidak mudah mengatakan sihir tapi janganlah mudah pula mengatakan bukan sihir.
Justeru itu perawat jadi serbasalah…. akhirnya keluarga pesakit tarik kepercayaan kepada perawat lalu berjumpa dengan bomoh.
-Sekadar prkngsian dari peringatan drAbdy@MHCS.

