Ramalan vs tilikan
Ramalan merupakan sesuatu yang dijangka berlaku berdasarkan ilmu, pengamatan dan penelitian terhadap kosmologi, tabiat, karekter, tinglahlaku dan perubahan2 terhadap proses ekosistem, biologi manusia dll. Ramalan juga diperolehi menerusi sumber metafizik atau alam ghaib. Berdasarkan pengalaman manusia ramalan adakalanya menjadi realiti dan ketapkali juga meleset. Ramalan dan tilikan seeing bergerak bersama-sama, bergandingan dan seiringan.
Dalam ilmu perubatan Arab ia dikenali sebagai arraf. Contohnya ilmu horoskop atau ramalan perbintangan yang berdasarkan tarikh lahir. Ini antara ilmu tertua yang manusia pernah miliki, hasil penelitian dan pemertian berpuluh bahkan ratusan tahun. Setiap ilmu tentu ada kekurangannya. Memang benar nasib manusia tidak ditentukan oleh tarikh lahirnya. Indikasi positif direkod sekadar hasil pengalaman manusia dan tidak boleh bergantung padanya semata-mata. Kita tidak boleh mempercayainya 100% dan sudah tentu sukar menolaknya 100%. Ini bukan soal kebetulan atau sebaliknya. Sebab itu manusia sendiri yang boleh mengubah dirinya. Perbaikilah potensi diri jika indikasi menunjulkan kita memiliki sifat buruk dan negatif. Contol lain ialah ilmu ramalan kaji cuaca atau meteorologi, ramalan pasaran saham, mata wang dan lain-lain.
Tilikan pula adalah suatu telahan tentang apa yang telah dan sedang berlaku dan kadang2 prediksi sesutu yang bakal terjadi. Tilikan adalah suatu ilmu yang lazimnya diguna oleh ahli perubatan alternatif. Seperti ilmu ramalan, yang mana ilmu tilikan itu ada dua. Pertama tilikan yang dibantu oleh makhluk ghaib yang menguasai alam metafizik dan kedua ilmu yang bersandarkan kepada ilmu dan pengetahuan yang dipelajari. Contohnya ilmu iridologi yang boleh membantu perawat mengenalpasti jenis dan punca penyakit hasil penelitian ke atas bola mata seseorang meliputi perubahan bentuk, retina, lensa, cecair, warna mata dll. Begitu juga ilmu melihat tapak tangan, garisan, urat, warna, bentuk dan warna kuku dll memberi indikasi seseorang itu mengalami penyakit tertentu. Sama seperti peruqyah yang mendapati pesakit tiba-tiba menggigil kaki tangan, bukankah itu tanda terdapat gangguan sedangkan peruqyah tak nampakpun jin. Contoh lain, pesakit gangguan saka biasanya panas baran dan suka melenting. Justeru itu dia hendaklah sentiasa berikhtiar agar suhu kemarahannya menurun dari masa kesemasa dengan mengamalkan doa dan zikir tertentu.
-Dr Abdy 26.7.24

