Majlis zikir dan qiamulail

SHAH ALAM, 23 SEPT: Satu program anjuran bersama Persatuan Kakitangan Islam SIRIM (PERKIS) dan GPMM telah berjaya dilaksanakan. Progam kerohanian yang mendapat sambutan luar biasa ini dihadiri lebih 60 orang peserta (offline dan online) yang terdiri dari kalangan kakitangan SIRIM dan perawat-perawat GPMM dari pelbagai pertubuhan sekaligus menjadi mercu tanda kerjasama barisan exco GPMM dan badan korporat adalah antara solusi terbaik yang mampan dilapangan da’wah bil hal membimbing umat mencari reda Allah Ta’ala di kala dunia hari ini tenat dengan pelbagai ujian yang memburukkan keadaan.

Sesuai dengan peranan ilmu dan kerohanian itu sendiri dalam pembentukan sahsiah insan kamil, menjadikan Majlis Zikir dan Qiamullail antara program kerohanian popular dianjurkan pelbagai agensi kebelakangan ini.

Diharapkan lebih banyak agensi kerajaan dan swasta mengambil inisiatif yang sama demi kebaikan jabatan, agensi dan kakitangan – memiliki jatidiri optimum dalam mendepani cabaran kerja harian dengan lebih baik. insyAllah.