SOP penyediaan produk kesihatan ’homemade’

Ramai yang mengeluarkan sendiri produk kesihatan namun gagal mematuhi SOP atau garis panduan penyediaan. Berikut adalah SOP:

  1. Basuh atau ‘sterile’ semua peralatan yg hendak digunakan.
  2. ⁠Pakai pakaian bersih dan sesuai termasuk pelindung jika memerlukan.
  3. ⁠Jangan dibuat di dapur atau tepi tandas atau di tempat tidak terjamin kebersihan udara dan persekitaran.
  4. Basuh tangan sampai bersih mengikut kaedah yang betul dan ‘sanitize’.
  5. ⁠Sentiasa memakai topeng muka dan sarung tangan.
  6. ⁠Jangan biarkan orang yang tidak berkaitan datang tengok atau menjenguk kecuali pembantu sahaja.
  7. Jangan diletak bahan-bahan dan peralatan di atas lantai.
  8. ⁠Jangan biarkan haiwan peliharaan seperi kucing dan burung menghampiri kawasan pembuatan.
  9. Pastikan pembuat dan pembantu bebas dari batuk, demam, selesema atau sebarang penyakit berjangkit dan penyakit kulit.
  10. ⁠Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan elakkan memasang kipas dengan kelajuan tinggi.

Patuhilah SOP untuk jaminan kebersihan dan keselamatan produk. Sekian pesanan dari saya.
– Dr Abdy
6.2.2024