SOP penyediaan produk kesihatan ’homemade’
Ramai yang mengeluarkan sendiri produk kesihatan namun gagal mematuhi SOP atau garis panduan penyediaan. Berikut adalah SOP:
- Basuh atau ‘sterile’ semua peralatan yg hendak digunakan.
- Pakai pakaian bersih dan sesuai termasuk pelindung jika memerlukan.
- Jangan dibuat di dapur atau tepi tandas atau di tempat tidak terjamin kebersihan udara dan persekitaran.
- Basuh tangan sampai bersih mengikut kaedah yang betul dan ‘sanitize’.
- Sentiasa memakai topeng muka dan sarung tangan.
- Jangan biarkan orang yang tidak berkaitan datang tengok atau menjenguk kecuali pembantu sahaja.
- Jangan diletak bahan-bahan dan peralatan di atas lantai.
- Jangan biarkan haiwan peliharaan seperi kucing dan burung menghampiri kawasan pembuatan.
- Pastikan pembuat dan pembantu bebas dari batuk, demam, selesema atau sebarang penyakit berjangkit dan penyakit kulit.
- Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan elakkan memasang kipas dengan kelajuan tinggi.
Patuhilah SOP untuk jaminan kebersihan dan keselamatan produk. Sekian pesanan dari saya.
– Dr Abdy
6.2.2024

