Majlis Peluncuran Buku Terbitan Pertama GPMM dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-2
SHAH ALAM, 9 OGOS 2025 – Majlis Peluncuran Buku Terbitan Pertama Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM) dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-2 telah berlangsung dengan jayanya di Bangunan SIRIM, Shah Alam. Lebih 90 orang peserta daripada pelbagai perguruan pengubatan Islam seluruh negara hadir memeriahkan acara tersebut.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, antaranya Datuk Seri Indera Ir. Sabirin Arsyad, Pak Engku, Dr. Asmadi serta beberapa tokoh terkemuka dalam bidang pengubatan Islam dari seluruh pelosok negara. Suasana berlangsung dalam suasana penuh semangat dan kemeriahan, mencerminkan komitmen tinggi dalam memperkasakan amalan pengubatan Islam di Malaysia.
Tahniah juga kepada barisan exco baharu yang telah mendapat mandat menerajui Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM) bagi sesi 2025/2027. Semoga jalinan ini melakar sejarah kegemilangan Pengubatan Islam di dalam negara kita.
Untuk lebih banyak gambar dan suasana sekitar majlis, orang ramai boleh melayari Facebook rasmi GPMM.

