Pengeras dalam rawatan; salahkah?
Pengeras selalu dikaitkan dengan amalan perbomohan dan perubatan tradisional yang diamalkan sejak lama dahulu. Kini ramai yang mengganp ianya perbuatan khurafat? tahayul dan sesat bukan sahaja oleh orang awam malah golongan sendiri.
Larangan itu diberikan tanpa sebarang sebab kecuali ianya dikaitkan dengan amalan perbomohan. Di samping itu terdapat juga kalangan pengamal pengubatan komplementari lain seperti pengubatan Islam yang mengenakan pengeras. Begitu juga sebahagian pesakit akan bertanya dulu berapa pengeras yang dikenakan sebelum mendapat khidmat rawatan.
Ada pengamal yang mengenakan pengeras dan ada yang tidak manakala ramai yang terpulang pada pesakit hendak memberinya atau tidak.
Dalam rawatan pengeras dianggap sebagai upah atau saguhati oleh pesakit kepada perawat. Dalam sisi lain pengeras adalah sumbangan awal dan setelah selesai rawatan yang mungkin mengambil masa lama, maka sejumlah sumbangan lain akan diberikan kepada perawat.
Kenapa dipanggil pengeras?. Ia adalah satu budaya dalam kosmologi orang melayu dan nusantara dalam mendapatkan rawatan. Perawat dan pesakit harus ada kepercayaan dan saling mempercayai manakala pengeras adalah satu simbolik. Pengeras juga wujud dalam perguruan seni bela diri, seni silat, seni permainan tradisional dan sebagainya. Mungkin nama pengeras berbeza antara satu daerah dengan daerah lain.
Sebagai satu simbolik, pengeras boleh datang dalam bentuk wang ringgit kertas atau siling, set persalinan, buah2han, senjata tajam seperti pisau atau keris, malah naskhah al-Quran. Ia sebagai tanda komitmen dan kerelaan persakit dalam mengharungi cabaran selama tempoh rawatan diberikan.
Meskipun pengeras lazimnya tidak dicatat sebagai pemberian wajib, namun amalan budaya melayu ini dianggap sebagai adat yang diadatkan.
Ramai yang memberi pandangan yang serong termasuk oleh sebahagian agamawan sendiri khususnya yang tidak memiliki pengetahuan atau berkecimpung dalam bidang rawatan bahkan mengatakan ianya menyeleweng dari ajaran Islam. Tertegaknya budaya bangsa kerana agama yang berpaksikan adat dan pengeras adalah berisi semangat yang kental untuk menangkis segala cabaran hidup termasuk penyakit. Jika ada yang kata pengeras itu salah dan sesat, tang mana salahnya dan celah mana sesatnya. Apapun saya sendiri tidak meletakkan sebarang pengeras dalam rawatan. Orang lain terpulanglah.
Sekian.
Dr Abdy 29.10.24

