Benarkah urutan mampu mengubati semua jenis penyakit?

Mendakwa urutan boleh mengubati semua jenis penyakit fizikal adalah keterlaluan. Namun demikian, urutan mampu memulihkan sebahagian masalah yang tidak dapat dipulihjan menerusi pengambilan ubatan.

Urutan adalah satu kerja seni atau kaedah yang digunakan ke atas tubuh badan manusia. Ada beberapa jenis urutan atau dikenalin juga sebagai massage dan refleksologi bahkan fisioterapu dan urutan spa juga tergolong dalam salah satu bentuk urutan.

Ada urutan menggunakan anggota tubuh seperti tangan, jari, siku, yapak kaki, betis dan sebagainya. Ada yang menggunakan alatan seperti kayu refleksologi, penggelek, penggaru dll. Bahan juga turut digunakan seperti minyak dan gel beraroma turut digunakan, ada juga yang menggunakan telor rebus yang masih hangat dan batu sungai yang dibungkus dengan daun mengkudu dan herba tertentu.

Dalam rawatan Islam, sudah ramai yang menggunakan minyak arnab iaitu antara minyak urut terbaik untuk merawat masalah kelumpuhan dan pesakit strok. Minyak dob juga sering digunakan terutama oleh kaum lelaki, bagaimanapun yang ini biarlah orang lain yang ceritakan. Mungkin ada ahli GPMM yang mahir dalam urutan minyk dob ini.

Sekarang ramai mula menggunakan mesin urut elektronik seperi kerusi urutan dan mesin urutan kaki dan kepala yang dilengkapi dengan pelbagai mode dan kelajuan tertentu, malah semasa sedang memandu pun mash boleh menggunakan mesin urut.

Semua itu adalah kepelbagaian yang terdapat dalam amalan mengurut. Antara jenis-jenis urutan ialah:

  1. Urutan untuk relaxation tubuh dan minda seperti urutan spa.
  2. ⁠Urutan sebelum, semasa hamil dan selepas bees bersalin.
  3. ⁠Urutan memulihkan keceraan dan kesakitan urat, otot dan sendi.
  4. ⁠Urutan memulihkan kepatahan tulang.
  5. ⁠Urutan akibat kecedetaan sukan.
  6. ⁠Urutan hipnotism.
  7. ⁠Urutan kiropraktik dan skoliosis.
  8. ⁠Ututan batin.
  9. ⁠Urutan kepala.
  10. ⁠Urutan pukauan.
  11. ⁠Urutan saraf.
  12. ⁠Urutan bersaka.
  13. ⁠Urutan mengusir jin.
  14. ⁠dll.

Hampir tidak ditemui tukang urut yang menguasai semua jenis urutan dengan semua tekniknya. Untuk membincang satu persatu adalah terlalu panjang. Justeru itu saya ingin mengulas cuma urutan saraf menurut perspektif sains perubatan berdasarkan amalan tukang urut saraf.

Apa itu saraf (nerve) atau الاعصاب masih menjadi pertikaian dalam kalangan warga pengamal perubatan. Ini kerana saraf sangat sensitif dan sebarang sentuhan arau tekanan keras boleh mendatangkan mudarat tang serius, berbanding urutan urat, tulang, otot, sendi dll.

Saraf merupakan berkas akson yang menyerupai wayar kabel dan tertutup (unjuran langsing, panjang bagi neuron) di dalam sistem saraf periferi. Saraf menyediakan suatu laluan untuk proses impuls saraf elektrokimia yang dihantar di sepanjang suatu akson ke organ periferi.

Saraf yang ditanda dalam warna kuning.
Dalam sistem saraf pusat, struktur analoginya dikenali sebagai salur.[1][2] Neuron kadangkala dipanggil sebagai sel-sel saraf, walaupun istilah ini boleh mengelirukan kerana kebanyakkan neuron tidak membentuk saraf dan saraf juga sebahagian daripada sel Schwann bukan neuron yang menyaluti akson di dalam mielin. Sila rujuk link di bawah untuk memahami lebih lanjut.

https://ms.wikipedia.org/wiki/Saraf.

Sambungan tulisan ini boleh diikuti di Part 2. Sekian.

-DrAbdy 13.10.24