Beza mental & sakit mistik

Tajuk seperti di atas dah pernah ditulis dalam Buletin GPMM beberapa tahun lepas. Coretan pada kali ini cuma ringkasan sahaja untuk memahami dan mengenalpasti perbezaan antara keduanya.

Pengakit gangguan di sini bermaksud gangguan yang dicetuskan oleh makhluk halus seperti akibat perbuatan sihir, gangguan saka atau angkara makhluk halus yang menyebabkan fungsi beberapa sistem organ dalaman seseorang terjejas, hilang pertimbangan dan upaya serta kecelaruan minda, akal dan emosi. Kadang-kadang disusuli dengan kelakuan-kelakuan aneh serta menampilkan personaliti yang pelik.

Manakala gangguan mental (mental disorders) atau mental illness pula tanda dan gejalanya hampir sama dengan akibat fangguan makhluk halus cuma puncanya kerana faktor-faktor luaran seperti bebanan kerja, tekanan hidup, trauma berat, masalah ekonomi keluarga, kesan buli, penderaan dan kecederaan pada organ, sel dan saraf otak. Faktor lain yang turut menyumbang ialah genetik. Begitu juga kesan penganbilan ubat-ubatan dan bahan terlarang seperi air ketum, metampitanin, LSD, heroin, syabu, ice, pil kuda, steroid dan lain-lain tanpa kawalan. Jenis-jenis mental disorders seperti stress berat, gangguan emosi termasuk trauma emosi, anxiety, sizofrenia, ADHD, bipolar dll. Perawat kena selidiki punca penyakit sebelum menentukan ianya kerana makhluk halus atau selainnya.

Umumnya ada tiga jenis gangguan mental; pertama berpunca dari makhluk halus, kedua berpunca dari faktor luaran dan ketika, kombinasi antara keduanya.

Dalam pengubatan Islam terdapat beberapa istilah yang sering digunakan seperti penyakit hati iaitu امراض القلوب , penyakit jiwa iaitu امراض النفسية , penyakit ruhani atau spiritual iaitu امزاض الروحية . Ketiga-tiga pembahagian tersebut mempunyai persamaan dan perbezaan tertentu di mana perawat berikhtiar membawa pesakit menjalani kehidupan yang sejahtera baik dari segi akal dan minda, hati yang luhur dan ruhani yang subur.

Berhubung dengan penggunaan istilah seperti menggelarkan pesakit mental sebagai orang gila adalah sepatutnya dielakkan berbanding istilah pesakit jiwa.

Dalam hadith terdapat dalil bahawa penyakit jiwa (الجنون) boleh dilakukan oleh jin, sebab itu istilah junun digunakan makana orang gila adalah majnun (bermaksud orang yang diizinkan) sehingga dia jadi gila. Lihat selanjutnya HR Ibn Abbas dalam Sunan Abu Dawwud.

Memandangkan ketiga-tiga mempunyai tanda dan gejala yang hampir sama maka untuk membezakannya antara lain ialah:

  1. Meneliti laporan pemeriksaan dan penilaian oleh ahli psikologi klinikal atau pakar psikiatri yang telah mendiagnos pesakit tersebut.
  2. ⁠Memeriksa rekod dan sejarah gangguan pesakit serta elemen campurtangan makhluk hakus.
  3. ⁠ Meruqyah dengan ayat khusus untuk mendeteksi keehadiran dan penglibatan makhluk halus.
  4. Melakukan ujian saringan bagi mendapatkan nilai skor tertentu sebelum diklasifikasikan sebagai pesakit kategori ringan, sederhana berat atau kategori berat.
  5. ⁠Penetuan juga boleh dofikuskan terhadap pertanyaan berkaitan gangguan nyata makhluk halus atau sebaliknya.
  6. ⁠Perawat hendaklah menyediakan jadual jenis gangguan ( lebih 60 kesemuanta) sebagai panduan sebelum mengajukan pertanyaan.

Mengenai kaedah rawatan pesakit mental saya tidak bercadang mengulanginya kali ini sebab anda boleh merujuk tulisan dalam Buletin GPMM terdahulu yang ditulis eksklusif untuk ahli gpmm.
Sekian .

Dr Abdy
10.8.24