Wujud ke ilmu mata batin indera ke enam?
Meramal dan menilik semua tahu ianya tidak dibenarkan kerana boleh membawa kepada syirik dan kufur apatah lagi jika menggunakan khidmat syaitan.
Selain itu ada suatu ikhtiar yg dilakukan oleh pengamal2 tertentu untuk membangkitkan indera keenam atau mengaktifkan mata batin. Ini berbeza dengan kasyaf dan ilmu laduni. Almarhum Tuan Guru Haron Din pernah hurai panjang lebar tentang kedua2 ilmu tersebut. Begitu juga karamah dan maunah.
Selain amalan khusus ialah doa yang semua orang tahu iaitu doa penggerak. Almarhum Tuan Guru Haron Din pernah sebut apabila kita pergi atau memasuki lokasi yang dianggap keras dan panas maka bacalah doa penggerak untuk mendapatkan petunjuk. Jika petunjuk itu ok dan smooth maka bolehlah diteruskan, jika sebaliknya maka segeralah berpatah balik atau beredar dari lokasi tersebut. Apa itu petunjuk, panjang pula jika nak huraikan di sini.
Perawat kerap membuat beberapa pertanyaan kepada pesakit dan apa yang disebut tepat belaka atau hampir tepat. Pesakit pula merasa perawat menilik sedangkan tidak sedemikian halnya. Betullah apa yang ustaz katakan tu, memang kat rumah ada simpan benda tu yg ustaz sebutkan tu. Perawat tersebut melihat dengan mata hati dan pandangan batin, bukan dengan mata dan pandangan zahir. Maka akan ada perawat lain mendakwa dia guna sihir, ilmu hitam dan menilik.
Contoh lain ketika perawat membuat tinjauan di rumah yang dikatakan disihir, dia tunjuk lokasi tertentu dan minta digali dan ternyata ada buhul sihir di dalamnya. Perawat yang mengaktifkan kebolehan meraga sukma boleh membaca hati dan fikiran seseorang termasuk perawat lain. Adakah itu dikatakan menilik, kerana jika tidak menilik macamana dia tahu. Ini antara persoalan yang masih membelenggu fikiran sebahagian kita. Bagi saya tiada yang mustahil boleh berlaku kerana dalam al-Quran sendiri terdapat ayat-ayat yang mengandungi mukjizat tertentu yang hanya jawhari akan mengenal manikam.
-Dr Abdy
1.8.2024

