Ruqyah khusus untuk pengamal urutan Islam

Ramai yang terlibat dalam profesyen urutan (massage), refleksologi, fisiologi, kiropraktik dan lain-lain. Semua itu untuk tujuan kesihatan dan pengubatan. Sama juga dengan pengubatan ruqyah, sebagai pengamal muslim, kita kena memohon kesembuhan kepada Allah swt walau setinggi mana kepakaran dan pengalaman yang telah dimiliki. Untuk menjadikan profesyen tersebut lebih Islamik, maka disarankan beberapa doa penting khusus untuk diamalkan oleh pengamal urutan dan cabang-cabangnya baik sebelum, semasa dan selepas rawatan diberikan. Berikut ialah rangkaian doa tersebut:

  1. الفاتحه والصلاه على النبى.
  2. اية الكرسى
  3. ⁠قال من يحي العظام وهي رميم.-Yaasin:78.
    (tulang temulang, sendi, otot dll).
  4. ⁠واذا بطشتم بطشتم جبارين ان بطشر ربك لشديد انه هو يبدىء ويعيد وهو الغفور الودود ذو العرش المجيد فعال
    لما يربد .
  • al-Syuara: 130 dan al-Buruj 12-16.
    (belakang, dada, pinggang, bahu dll).
  1. الهم ارجل يمشون بها ام لهم ايدى يبطشون بها. – al-A’raf: 195.
    (kaki dan betis, tangan dan lengan).
  2. ⁠ام لهم اعين يبصرون بها ام لهم اذان يسمعون بها.-al-A’raf:195.
    (sekitar mata dan telinga).
  3. ⁠اعوذ بكلمات الله التامات من غضبه وعقابه وشر عباده ومن همزات الشياطين واعوذبك رب ان يحضرون.
  • Hadith sahih dan al-Mukminun:98.
    (Jika dikesan pesakit itu juga ada tanda2 gangguan mistik).
  1. لايصدعون عنها ولا ينزفون
    -al-Waqiah: 19
    (bahagian kepala).
  2. واذا مرضت قهو يشفين .
    -al-Syuara :80.
    ( Doa penutup).

Timbul persoalan jika tukang urut itu wanita dalam keadaan berhadas, bolehkan baca ayat al-Quran. Di sini ada dua pendapat: satu mengatakan harus jika baca Quran dengan niat berubat baik oleh perawat mahupun oleh pesakit sendiri. Pendapat kedua boleh baca dengan niat zikir, bukan niat baca Quran.

Berhubung aurat, bolehkah perawat sentuh kemaluan pesakit. Dalam kitab fiqh perubatan menyebut keharusan tersebut ketika mendapat rawatan dan dalam situasi menerlukan berbuat demikian namun afdal berlapik. Apapun jika saja2 nak pegang memang tidak bolehlah.

Semoga pengamal urutan khususnya ahli gpmm dapat mengamalkan ruqyah di atas agar rawatan yang dilakukan diberi kesembuhan dan mendapat keberkatan dari Allah swt. Doa tersebut adalah susunan saya sendiri dan bukan ciplak dari mana2 sumber. Sekian,

Dr Abdy
22.2.24.