Jin pesakit perawat pula yang kesurupan
Bolehkah jin syaitan dalam jasad pesakit gangguan berpindah ke jasad peruqyah?
Ya, jin boleh berpindak meskipun ketika itu perawat sedang meruqyah pesakit. Sepertimana jin dalam jasad seorang pesakit gangguan boleh berpindah ke jasad pesakit bukan gangguan di sebelahnya bahkan ke jasad ahli keluarga yang menemaninya. Jin yang berpindah ke jasad perawat biasanya akan ‘ silent’ dan tidak menimbulkan apa-apa provokasi seperti merasuk atau menderum di depan pesakit. Jin akan mencari kelemahan perawat dan kadang2 mencampuri urusan rawatan perawat tanpa disedari.
Adalah bukan menjadi perkara asing apabila selesai sesi rawatan, perawat itu akan meminta perawat lain meruqyah dirinya pula sebagai proses ‘cleansing’ . Justeru itu apa yang perlu perawat lakukan untuk mengelak dari ditumpangi makhluk syaitan semasa merawat?. Ini antara langkahnya;
- Setelah mendapat info ringkas dari pesakit, perbetulkan posisi duduk perawat dan pesakit.
- Jangan terus meruqyah sambil meletak tapak tangan ke ubun-ubun atau bahagian badan tertentu pesakit.
- Baca dulu ruqyah pemula dan ayat tahsin (ayat berkubu atau pemagar) sebekum memulakan sesi ruqyah khusus bergantung pada jenis masalah pesakit.
- Jika pesakit gangguan, perhatikan gerakan atau getaran kecil terutama di hujung jari tangan, kaki dan kelopak mata.
- Perawat boleh merasa sendiri jika ada aura negatif cuba meresap masuk ke jasad perawat. Jika ada, hentikan dulu meruqyah pesakit dan tumpukan meruqyah diri sendiri sampai rasa tenang dan nyanan.
- Masalah lebih parah jika perawat sendiri ada bersaka atau ditumpangi khadam.
- Jarang disedari apabila ada pihak yang sengaja cuba menguji ilmu perawat dengan cara tertentu termasuk dari perguruan lain.
- Tidak jarang berlaku oerawat terpaksa berehat atau bersara dari aktiviti merawat kerana menghadapi pelbagai ujian dan cabaran yang tidak tertanggung.
- Ada perawat yang membawa objek tertentu yang dikatakan sebagai penangkis sihir sedangkan ianya adalah tangkal dan azimat.
- Masalah juga berlaku jika pelbagai jenis kaedah dari pelbagai perguruan berbeza diamalkan pada satu-satu masa kerana dibimbangi terdapat yang tidak syarie terutama perawat yang mencampuri kaedah rawatan Islam dan rawatan perbomohan melayu.
- Amalkan ayat tahsin atau ayat berkubu seperti:
اللهم تحصنت بحصن لا اله الا الله محمد رسول الله .
Perawat pun manusia juga, ada masa merawat orang, masa lain perawat pula dirawat orang. Marilah kita sama2 insafi bahawa pesakit dan perawat sama2 memohon sihat wal afiyat dari Allah swt. Sekian,
Dr Abdy
17.2.24

