Kisah sihir dan pergolakan rumah tangga
Transkrip mahkamah syariah dari peristiwa tuntutan nusyuz (Jabatan Agama Islam – Selayang).
Usaha yang telah dilakukan: Saya (Haikal) telah mendapat khidmat rawatan dan nasihat daripada Gabungan Perawat Muslim Malaysia iaitu Dr Nor Azian binti Ab Rahman dan Ustaz Zul Amirul bin Mat Deraseh. Dr Azian bersama birasnya En Adnan dan anak, Cik Aina telah datang ke rumah saya untuk meruqyah saya dan ketika diruqyah saya terasa sesuatu keluar dari frontal lope saya.
Dr Azian telah meminta saya membuka almari baju isteri saya, nama panggilan ‘Jaja’ telah menjumpai surat-surat kiriman bekas teman lelakinya serta pembalut hadiah yang masih disimpan rapi. Dr Azian juga telah meminta saya keluarkan satu kalung yang agak pelik dan kemudiannya tangan kiri Cik Aina telah menjadi kebas dengan urat dilengannya timbul. Dr Azian membacakan ruqyqh dan keluar satu makhluk pelik serta berwarna seperti kalung dari celah jari Cik Aina dan serta merta tangan beliau menjadi normal. Dr Azian ada membuat catatan peristiwa ini dalam Facebook Gabungan Perawat Muslim Malaysia. Kami juga menjumpai satu seluar dalam yang disimpan di dalam plastik berikat yang saya amat yakin bukan milik isteri saya.
Saya telah berjumpa dengan Ustaz Zul Amirul untuk mendapatkan pandangan dan beliau bercadang untuk berjumpa dengan Jaja. Ustaz Zul Amirul telah menghubungi Pn Jaja untuk berjumpa tetapi telah ditolak oleh Pn Jaja.
Dr Azian telah menghantar pesanan mesej kepada Jaja dan berikut adalah transkrip perbualan:
Dr A : Salam, Pn Jaja. Saya Dr Azian, ipar Ita. Maaf menganggu dan izinkan saya berbicara sedikit. Saya tempat Haikal meluahkan Perasaan untuk mendapatkn nasihat dan kaunseling bagi membina kekuatan dirinya. Dari situ saya tahu sedikit sebanyak permasalahan yang di alaminya.
Saya tidak salahkan Jaja dan tidak salahkan Haikal kerana rumahtangga memang ibarat badai di lautan adakala ombak kecil adakala ombak mengganas hingga tenggelam kapal seperti tenggelamnya Titanic bersama cinta 2 sejoli kate winslet dn leornardo. Semua pasangan berkahwin akan lalui ini cuma cara mengemudinya akan membezakan kesudahan perjalanan kapal samada sampai ke destinasi akhirat bersama atau sebaliknya.
Jaja bukan berseorangan dalam menghadapi perasaan yang dialami sekarang. Ada ramai isteri yang telah hilang perasaan pada suami dan tidak kurang juga suami yang hilang perasaan pada isteri. Perasaan memang sukar difahami tapi kebanyakan kes ia adalah bermula dari perkara yang kecil, perkara yang di pendam yang tidak di selesaikn dari awal sehingga menjadi barah tahap 3 yang ada kala boleh d chemo tapi dalam banyak kes kena di buang.
Ramai isteri memilih utk terus bersama suami dalam keadaan hati sudah tawar terhadap suami dan ramai juga suami yg meneruskan perkahwinan walaupun tiada perasaan pada isteri atas dasar simpati pada isteri dan demi anak-anak. Ia adalah a matter of choice.
InsyaAllah dalam Islam ada ayat-ayat yang boleh di amal utk menimbulkan semula perasaan yang sudah hilang. Pn Jaja boleh amalkan setiap kali lepas solat baca 7 kali ayat 96 surah 19 (Surah Maryam)
Holy Quran 19:96
إِنَّ الَّذينَ ءامَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ سَيَجعَلُ لَهُمُ الرَّحمٰنُ وُدًّا
Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.
Pn Jaja bertuah kerana sebenarnya ramai isteri akan cemburukan Pn Jaja kerana mempunyai suami yang mencintai isteri sepenuh hati dan masih setia menanti isteri setiap hari di rumah disebalik segala yang berlaku yang memedihkan hati.
Kita semua ada dosa tapi sama2 kita menjadi orang beriman dan perbaiki amal saleh agar Allah Ar Rahman akan menanamkan dalam hati kita saling berkasih sayang pada mereka yang berhak. Maaf jika ada tersilap kata. Wassalam
Balas Pn Jaja : Xpela DR
Xperlu kita bincg byk.
Sy xnk dilihat seperti kurang ajar pulak nanti.
Sy xde ape yg nak di bincgkan
Ape DR nak dgr atau rukyah terpulang sbb tu dia beria sy jaga anak di rumah Its ok.
Dia, DR atau sesiapa nk ckp ttg sy.. terpulang
Sy minx maaf
Thanks DR..
Saya telah melakukan solat taubat, solat hajat, zikir serta berdoa setiap hari untuk menyelamatkan rumahtangga saya.
Wallahua’lam

