Isu melihat jin boleh batal shahadah

Ada dua isu utama dibincang dalam grup WA ahli GPMM iaitu bolehkam manusia melihat jin dan terbatal shahadah kerananya. Isu ini menjadi polemik dalam kalangan pengamsl perubatan Islam apabila merujuk nas dalam Surah al-A’raf 7:27 dan kata2 Imam Shafii yang bermaksud sesiapa yang melihat jin maka terbatal shahadahnya. Berikut adalah ringkasan perbincangan tersebut;

1) Melihat Jin

Berdasarkan Surah alA’raf 7:27
من حيث لا ترونهم
dari suatu tempat atau sudut yg kamu tidak boleh melihat mereka (jin). Ada ulamak mentafsirkan من حيث dari satu sudut tidak boleh melihat, sedangkan dari sudut tertentu kemungkinan manusia boleh melihat jin. Allah menyambung ayat tersebut dengan firmanNya
انا جعلنا الشياطين الخ..،
memberi isyarat bahawa jin yang dimaksudkan adalah jenis syaitan.
Ini bermakna melihat jin itu bukan suatu kebiasaan bagi manusua dan jika bukan kebiasaan sudah tentu ada ruang dan ketika jin boleh dilihat walaupun jarang2.

Imam Shafii tidak menyebut tidak boleh melihat itu dalam rupa asli kah atau rupa penyamaran. Justeru itu ulamak berbeza pendapat dalam hal ini.

Rupa jin yang betul2 asli ialah ketika dia berada dalam alam jin sendiri. Maka apabila jin muncul dalam alam hakiki manusia, maka sudah tentu dia tidak lagi menjadi makhluk ghaib kerana boleh dilihat oleh manusia baik berupa haiwan, manusia, ular, pokok dll.

2) Terbatal shahadah

Isu seterusnya ialah شهادة.
Dalam hal juga terdapat pelbagsi maksud kalimah شهادة (penyaksian).
Antaranya ialah :
a) Penyaksian seseorang bahawa Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu rasulullah. Kalimah mufrad digunakan untuk menunjukkan bahawa Allah dan Muhammad tercantum dalam sebuah penyaksian شهادة. Jika terbatal shahadah maka sudah tentu dia bukan muslim lagi.

b) Kedua penyaksian dari sudut menjadi saksi dalam proses kehakiman di mahkamah. Jika terbatal shahadah maka dia tidak memiliki kelayakan lagi untuk menjadi saksi termasuk saksi nikah.
c) Ketiga penyaksian seseorang yang melihat jin itu terbatal atau tertolak, yakni tidak boleh diterima dakwaannya (kesaksiannya) boleh melihat jin kerana bukan menjadi kebiasaan manusia melihat jin. Tidak timbul di sini samada jin itu berupa asli mahupun dalam penyamaran, asal saja ianya jin.

RUMUSAN
Berdasarkan hasil perbincangan disertai dalil2 yang dikemukakan oleh ahli perbincangan, maka dapatlah dirumus seperti berikut:
1) Ulamak bersependapat bahawa jin dalam rupa penyamaran boleh dilihat namun berbeza pendapat mengenai rupa aslinya.
2) Ada pendapat mengatakan selain para Nabi, orang yang diberi karamah dan orang2 juga boleh melihat jin.
3) Berdasarkan realiti semasa, orang biasa tanpa mengira jantina, usia dan agama juga dilaporkan boleh melihat jin. Soal jin asli atau menyamar tidak penting kerana tiada siapa boleh mengesahkannya, janji dia adalah jin.
4) Terbatal shahadat boleh dirujuk pada pengertian dan maksud penggunaannya dalam masyarakat iaitu samada berkaitan mengucap shahadah, terbatal sebagai saksi kehakiman atau kesaksiannya melihat jin itu ditolak.
4) Tanpa prejudis dengan satu2 pendapat, terimalah perbezaan ini sebagai satu rahmat kepada warga pengamal.

Sekian
-DrAbdy 13.6.25