Kasturi kijang haruman dari syurga
Antara haruman yang disebut oleh Rasulullah SAW dalam Hadis ialah misk atau kasturi kijang dan oud @ gaharu. Hari ini pelbagai inovasi dibuat menjadikan haruman @wangian ini sesuai dengan tujuan kegunaannya. Sudah tentu ‘fragrance’, ‘perfume’, ‘deodorant’, downy termasuk dalam bentuk ‘stick’, ‘gel’, ‘powder’ dan lain-lain adalah berbeza. Ada wangian untuk ruangan, pakaian, tubuh, kenderaan, kuih-muih, bilik tidur dan lain-lain divariasikan sesuai dengan kegunaan. Ada yang berbentuk cecair, minyak, ‘gel’, sabun dan ‘shampoo’ wangi, diperasap dan sebagainya.
Mengenai wangian kasturi kebiasaan dalam bentuk cecair iaitu ‘body perfume’ untuk tujuan disapu dan dititis ke dalam minuman dan diminum. Sebenarnya itu bukan minyak wangi tetapi dinamakan juga sebagai ‘fragrance’ bukannya ‘misk oil’. Menurut hadith, kasturi yang sesuai untuk lelaki berwarna lebih gelap dan berbau lebih keras seperti kasturi hitam manakala wanita sesuai menggunakan kasturi berwarna lebih cerah dan berbau lembut. Dikenali wangian dari syurga ada pada haiwan bernama kijang atau ‘muntjack deer’. Haiwan ini berada dalam keluarga rusa, pelanduk, kancil dan napuh namun semuanya berbeza.
Sumber haruman tersebut diperolehi dari kutil atau kelenjar dikenali kasturi belly button iaitu lebihan daging di kulit sekitar kawasan pusat kijang. Bilangan kutil yang bersaiz kira-kira sebesar telor itik ada kalanya mencapai 10 buah dan kerap juga tiada kutil langsung.
Kijang adalah haiwan yang halal dimakan dan tubuhnya suci termasuk kulit dan bulunya, kecuali jika mati tanpa disembelih atau sembelih tanpa ikut syarak. Sekarang banyak kutil kijang diimpot dari eropah terutama Rusia untuk memenuhi permintaan pengeluar produk wangian kasturi kijang. Justeru itu aspek halal haram perlu diambil berat kerana wangian kasturi dipakai dibadan atau dititis ke dalam air untuk diminum.
Isu sekarang timbul berkaitan wangian kasturi kijang yang banyak berada di pasaran adalah produk sintetik. Memandangkan nilai ringgit semakin menurun berbanding US dollar dan Euro, maka harganya semakin mahal. Kedua, kesukaran mendapatkan kutil kijang secara berterusan dalam ‘volume’ yang besar menyebabkan pengeluar dan pengilang terpaksa menggunakan bahan ‘artificial’ bagi menghasilkan produk wangian kijang sintetik yang hampir menyamai yang asli. Tambahan pula tempoh rendaman kutil asli mengambil masa antara 8 – 9 bulan untuk menghasilkan produk asli bermutu tinggi sedangkan produk sintetik mengambil masa cuma beberapa jam bagi memenuhi permintaan.
Justeru itu pengguna wajar berhati-hati dan jika boleh buatlah ujian sendiri. Antara kaedah untuk menentukan asli atau bukan, calit sedikit di tapak atau belakang tanggan. Tunggu 2 jam dan jika baunya semakin kuat semerbaknya, itu tandanya minyak yang asli. Jika sama sahaja baunya itu bukanlah asli. Satu lagi jika wangian kasturi kijang tetap kekal dalam tempoh 3 hari 3 malam, maka itu adalah yang asli, jika kurang dari tempoh itu dan hilang baunya, maka anda mungkin terkena ‘scam’ boleh lah tepuk dahi sendiri. Boleh jadi jin syaitan pun tergelak saja bila perawat sapu pada pesakit gangguan dengan wangian tiruan. Wallahua’lam
Sekian, Dr Abdy
3.3.2024

