GPMM ucap takziah turun padang bantu mangsa bencana banjir

SHAH ALAM – Sejak dari awal berlaku tragedi banjir kilat pada 19 Disember yang lalu, Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM) telah menggerakkan sukarelawan GPMM untuk turun memberi khidmat bantuan bencana di sekitar Shah Alam dan Hulu Langat yang terjejas teruk dari hujan lebat yang turun tanpa henti baru-baru ini dari fenomena air pasang besar dan tempias dari taufan Rai yang berlaku di Filipina.

Terkini jumlah korban akibat banjir di Selangor dan Pahang direkodkan meningkat kepada 33 nyawa berbanding 27 direkodkan pada hari Selasa yang lalu. Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 24 mangsa manakala sembilan lagi mangsa korban banjir ditemukan di dua lokasi di Pahang.

Doa mohon dihentikan banjir – Hud:44 | Doa Ku

Fenomena air pasang besar

Ehsan dari Berita Harian

Kejadian air pasang besar adalah fenomena normal yang dipengaruhi oleh daya graviti matahari dan bulan yang menjadi penentu utama kepada proses pasang surut air laut. Air pasang besar berlaku 2 kali setiap bulan apabila posisi bumi selari dengan matahari dan bulan yang kebiasaannya bertepatan dengan tarikh 1 dan 15 haribulan dalam kalendar bulan Islam.

Apa yang berlaku beberapa hari lalu sedikit berbeza kerana air pasang besar mengalami peningkatan yang ekstrem dan lebih tinggi dari normal. Peningkatan paras air pasang besar kali ini berlaku akibat tarikan graviti bulan yang tinggi kerana pada masa ini bulan berada pada posisi yang paling hampir dengan bumi. – Berita Harian

Ketua operasi sukarelawan GPMM, Dr Azian Ab Rahman meninjau keadaan seorang mangsa yang tinggal bersendirian tanpa ahli keluarga

Menurut ketua operasi sukarelawan GPMM, Dr Azian Ab Rahman berkata sejumlah besar sumbangan telahpun diagihkan kepada mangsa seperti minuman, pakaian, bahan mentah, ‘cubicle’ dan tilam telah selamat sampai melalui operasi bantuan yang telah dijalankan.

Pihak kami mengesyorkan orang awam agar menangguhkan perjalanan ke tempat-tempat yang terkesan dari banjir besar ini bagi mengurangkan kadar kerugian yang sedia ada, terutama sekali setelah media mengeluarkan laporan akan berlaku beberapa lagi gelombang taburan hujan yang berlebihan beberapa hari lagi.

Sehubungan dengan itu pihak sukarelawan GPMM memohon jasa baik orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan agar tidak lagi menghantar pakaian terpakai kerana tidak lagi menjadi keutamaan mangsa bencana, melainkan dalam bentuk sumbangan wang, khemah perlindungan sementara, bot / jaket keselamatan dan survival kit dengan menghubungi Ustaz Helmi di talian: +60 19-702 7287. – Admin