Pengarah Darussyifa Kelantan meninggal dunia

Innalillahiwainnailaihi rojiun. Semalam 28 Okt kira-kira jam 5.00PM, Pengarah Darussyifa Kelantan Almarhum Tuan Guru Ustaz Zaki Bin Ya telah kembali ke RahmatulLah.

Warga perawat Islam telah kehilangan seorang lagi perintis pengubatan Islam berpengalaman yang sangat gigih memperkasa amalan pengubatan Islam di dalam budaya masyarakat Kelantan khususnya yang masih terikat dengan perbomohan dan pawang.

Beliau adalah graduan Universiti Al-Azhar Mesir, telahpun menamatkan pengajian di peringkat MA di Universiti Malaya, dan kini sedang menyiapkan tesis PhD dalam bidang pengubatan Islam.

Menurut Dr Abdullah (DrAbdy) ahli GPMM yang juga pernah menjadi supervisor almarhum untuk MA dan PhD (kedua-dua bidang pengubatan Islam), pemergian Almarhum Tuan Guru Ustaz Zaki bin Ya sangat memberi kesan memandangkan Almarhum adalah antara nama yang dikenali umum di negeri Kelantan Darul Naim.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Nya. Aamiin