Kerajaan bantu pelihara industri herba negara
PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @Hashim ketika menerima kunjungan Gabungan Perawat Muslim Malaysia GPMM berkata, “Adalah menjadi keutamaan kami (kerajaan) memastikan bidang pengubatan komplementari diangkat sesuai dengan manfaat dan sumbangan besar khazanah ilmu masyarakat Melayu terdahulu dalam bidang penjagaan kesihatan agar ia dapat diwarisi dan dipelihara.” Menurutnya lagi, “Bertepatan dengan kerangka pelaksanaan kerajaan hari ini adalah untuk melestarikan perubatan tradisional tempatan ke peringkat yang lebih tinggi dan bersistematik, kita pasti mampu bersaing jauh lebih baik di peringkat antarabangsa, memandangkan hutan kita kaya dengan sumber tersebut”.
Delegasi GPMM yang diketuai oleh Dato Dr Ahmad Sabirin Arsyad, ketika ditanya tentang cabaran sebenar yang perlu dilalui pengamal-pengamal pengubatan herba dan tradisional, “Pengamal PT&K perlu biasakan diri untuk ‘mampu’ bersaing terutama sekali dalam penerbitan kajian, penulisan jurnal dan mengemukakan data saintifik serta perlu perbanyakkan kajian herba tempatan untuk digunakan sebagai ubat.”
Tambah Yang Berhormat Timbalan Menteri, “Kerajaan amat berharap agar rakyat dapat memanfaatkan peluang yang terbuka luas dalam industri herba negara yang selama ini banyak syarikat asing mendapat manfaat dari pengeksportan kayu herba dan tumbuh-tumbuhan yang telah dipatenkan”, ketika ditanya sebentar tadi. Turut hadir dalam kunjungan hari ini ke bangunan MOSTI Putrajaya ialah Dr Azian Ab Rahman, Ustaz Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim dan Haji Muhammad Amar b. Mohd Amin.

