Semakan status pengamal PT&K berdaftar – KKM

Salam sejahtera YBhg Datuk / Dato’ Indera / Dato’ / YBrs Prof Madya / Dr. / Tuan / Puan

Sukacita dimaklumkan bahawa status pengamal yang berdaftar dengan Majlis PT&K kini boleh disemak melalui pautan berikut:
https://tcmonline.moh.gov.my/eStatus/pengamalInfo

Inisiatif ini telah dilaksanakan oleh Cawangan Majlis PT&K untuk memudahcara proses semakan atas talian di kalangan orang awam untuk mengetahui status pendaftaran pengamal yang berdaftar dengan Majlis PT&K.

boleh menghebahkan pengumuman ini kepada mana-mana pihak berkepentingan / individu yang berkenaan, untuk kemaslahatan umum.

Sekian, terima kasih dan harap maklum.

Dr. Dyanan
Setiausaha Majlis PT&K