GPMM Raikan Petugas dan Urusetia AGM Ke-2 dengan Penuh Penghargaan


DAMANSARA, 24 OGOS 2025 – Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM) telah mengadakan sebuah majlis apresiasi di Hotel Royal Chulan Damansara baru-baru ini untuk menghargai usaha dan komitmen semua petugas serta urusetia yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) GPMM yang ke-2.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan tulus daripada Presiden GPMM, Datuk Seri Indera Ir. Sabirin Arsyad. Beliau menyatakan rasa bangga dan terima kasihnya kepada semua yang terlibat, termasuk ahli-ahli gabungan dan para pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut sama-sama membantu.

“Tanpa dedikasi dan kerjasama luar biasa dari setiap individu, majlis ini tidak mungkin dapat berjalan dengan lancar dan sukses seperti yang kita saksikan,” kata Datuk Seri Indera Ir. Sabirin Arsyad.

Acara ini bukan sahaja meraikan kerja keras mereka, tetapi juga menjadi platform untuk mengukuhkan silaturahim di antara barisan pimpinan dan ahli gabungan. Pihak GPMM berharap agar semangat kerjasama dan kesukarelaan ini akan terus mekar demi memastikan setiap inisiatif dan program kemasyarakatan yang dirancang pada masa akan datang dapat direalisasikan dengan jayanya. – Admin

(Gambar dan suasana sekitar majlis, boleh layari Facebook rasmi GPMM.)