Kenapa Istilham (استلهام)?

Mungkin ada perawat yang tertanya2 apa itu istilham dan apa kepentingannya dalam amalan pengubatan Islam. Setahu saya topik berkenaan tiada dalam silibus pengajian perubatan khususnya di tahap asas yang dijalankan di negara ini bahkan di DS pun topik istilham tiada dalam silibus pengajian pengubatan. Topik ini agak menarik dan saya pernah berkesempatan mempelajarinya daripada Ustaz Perdana Akhmad dari Jogjakarta beberapa tahun sebelum beliau wafat.

Istilham ialah suatu usaha atau ikhtiar untuk mendapatkan ilham, petunjuk dan inspirasi daripada Allah swt mengenai kebuntuan yang sukar dirungkai dalam sesi rawatan.

Antara tujuan dilakukan istilham ialah memperolehi petunjuk daripada Allah swt berkenaan:

  1. Jenis dan punca sebenar sesuatu penyakit.
  2. ⁠Agen2 yang mencetuskan penyakit.
  3. ⁠Ayat2 ruqyah serta doa yang relevan dan tepat berkaitan sesuatu penyakit.
  4. Gangguan kerana jin biasa, sihir, saka, ‘ain atau penyakit fizikal mahupun spiritual.
  5. ⁠Jenis dan spesis jin yang terbabit.
  6. ⁠Keberadaan buhul sihir samada marsus, marsyus, madfun, masyrub, ma’kul dan sebagainya.
  7. ⁠Lokasi keberadaan jin dalam jasad pesakit.
  8. ⁠Lokasi keberadaan jin di kediaman atau premis.
  9. Lokasi keberadaan orang hilang atau lari dari rumah.
  10. ⁠Lokasi barang yang dicuri atau disembunyikan.
  11. Dan lain-lain.

Istilham tidak datang begitu sahaja kerana ada protokol, metod dan teknik tertentu yang perlu diamalkan termasuk zikir, doa, ruqyah, solat hajat istilham, meditasi (tafakkur) dan sebagainya. Istilham hampir menyamai intuisi namun tingkatnya lebih tinggi dan mendalam. Istilham juga bukan kasysyaf dan bukan juga menilik, malah ia suatu ikhtiar untuk mempermudahkan urusan merawat dengan bantuan Allah saw. Untuk memperincikan kaedahnya, jika tiada aral, tunggulah bahagian ke 2 tulisan ini.

Sekian.

Dr Abdy
21.7.2025