Apa nak buat semua pantang dah buat tapi jin masuk balik?
Jin, Kau Datang Lagi Ya?
Jin adalah makhluk hidup yang berakal. Dia boleh datang dan pergi begitu sahaja. Dia juga boleh masuk dan keluar jasad manusia bila-bila masa dia suka atau setelah jemu, lalu berpindah pula ke jasad orang lain pula. Memang itu kerja dia.
Peruqyah pula bertungkus lumus mengubati, meruqyah, memberi nasihat bahkan mencadangkan pelbagai makanan sunnah.
Jinn boleh keluar jika dia mahu dan kembali semula dalam tempoh yang berbeza-beza jika itu yang diinginkan. Kadang-kadang dia ajak pula jin-jin lain bertandang dan tumpang sekaki, maka bertambahlah bilangan jin, meriah sungguh berkampung dan berpesta dalam jasad manusia dari masa ke semasa. Kadang-kadang jin keluar sekejap untuk balik kampung jumpa anak isteri lalu datang lagi. Ada jin jantan dan ada yang betina. Yang khuntha pun ada cuma jarang2 sebab jin jenis ini pemalu sikit.
Kerap juga jin bertemu jodoh dengan pasangan ketika berada dalam jasad manusia, bahkan sampai beranak-pinak pula.
Selaku makhluk hidup dan berakal, jin akan sentiasa explore dan mengendap aktiviti manusia yang berbeza2. Kena ingat rasa jemu juga ada pada jin, jika bentuk gangguan serupa setiap hari, lalu dia juga melakukan tajribah untuk mencari kelainan, trik baharu agar boleh memperdaya manusia terus menerus menerusi strategi yang berbeza-beza. Perawat berikhtiar untuk keluarkan jin tertentu seperti jin penyihir sedangkan jin-jin liar yang suka merempit tidak dipedulikan, apatah lagi dia menyorok dan membisu sewaktu pesakit diruqyah, peruqyah picit sana picit sini, tekan sana, pukul sini, tiada sebarang reaksi, lalu peruqyah cakap dengan penuh yakin kat pesakit bahawa jin dah keluar. Dah settle, beres.
Perawat selalu menyalahkan pesakit bila gangguan jin berulang dengan alasan itu ini, sebab leka lah, tak nak berzikir lah, cuai solat lah dan macam-macam. Pesakit pula muak mendengar peruqyah asyik membebel Pesakit keliru sebab segala arahan peruqyah dah dilakukan, jadi apa lagi kurang sampai peruqyah terpaksa mencari-cari sebab lain yang direka-reka untuk menyedapkan hati pesakit.
Ketahuinya, punca utama jin kembali bersarang dalam tubuh seseorang juga wujud pada diri peruqyah sendiri. Peruqyah sentiasa lupa dan terlepas pandang akan hal ini dan sering mengutarakan punca yang tidak konsisten, sebab main agak-agak sahaja. Kenapa saya kata punca utama jin kembali ada pada diri perawat. Macamana tu?. .,,bersambung.
-Al-Mudawi
21.03.24.

