Sembuh anugerah Allah bukan dari mana-mana Tibb atau Darul
Pemerhatian saya mendapati terdapat perawat atau pusat yang menggunakan platform medsos untuk menceritakan kehebatan rawatan di pusat atau kliniknya seolah-olah semua yang dirawat di situ sembuh belaka. Jika betul Alhamdulillah.
Namun ada yang turut memperlekehkan pusat rawatan lain. Pergi ke pusat lain tak sembuh, setelah ke pusat depa baru sembuh. Pergi hospital jumpa pakar segala macam penyakit kronik tak sembuh. Lalu pergi ke tempat depa sekali rawat saja terus sembuh. Saya percaya ahli gabungan bersekutu GPMM bukan begitu, itu yang belum jadi ahli atau masih tak sedar kewujudan GPMM .
Justeru itu biro-biro (lujnah) dalam GPMM perlu lebih aktif melibatkan aktiviti berkaitan biro masing-masing. GPMM berdaftar sebagai pertubuhan bersifat nasional maka gpmm kena menyertai masyarakat dalam skala yang lebih luas. Bukan sekadar buat aktiviti kecil-kecilan, sesi rawatan di surau-surau sahaja, bahkan kena buat aktiviti berskala lebih besar, buat konvensyen rawatan Islam, ekspo produk, demonstrasi urutan, ‘massage’, webinar bersama pakar alopati dan perubatan alternatif bidang-bidang lain, forum atau persidangan meja bulat untuk bincang isu-isu rawatan, road show untuk menambah keahlian, kolaborasi dengan pihak JAIS misalkan untuk buka pusat rawatan kecil GPMM di masjid setiap daerah, lawatan sambil belajar ke pusat atau ladang penanaman herba perubatan untuk kenali potensi ahli yang boleh terlibat, dpt slot/booth program jom heboh utk perkenalkn GPMM kpd masyarakat, kumpul modal ahli untuk keluarkan produk bawah label GPMM termasuk air zamzan, anjur progran umrah dan ziarah dengan kerjasama ahli yg berpngalaman utk ahli GPMM dan kaum keluarga sertai dan banyak lagi.
Semoga dengan itu GPMM boleh memperlihatkn keindahan Islam menerusi amalan pengubatan. Jika PTK lain boleh bergerak pantas ke depan, kita masih hendak belajar mengensot. Jika setuju katakan setuju, jika berdiam diri itu tandanya anda tak bersetuju.
Sekian, coretan ringkas sebelum pekena nasi berlauk gulai ikan ayo,
Dr Abdy 5.3.2024