Minyak kelapa dara VCO ajaib pelbagai guna

Hampir satu dekad minyak VCO (coconut virgin oil) sudah berada di pasaran malaysia dan produk ini boleh diperolehi di hampir semua rangkaian farmasi terkemuka dalam bentuk cecair, soft gel atau tablet. Memandangkan ia memiliki khasiat yang luar biasa, harganya masih tinggi lantaran permintaannya semakin meningkat.

Tinjauan saya mendapati hampir semua produk virgin coconut oil di farmasi mendapat kelulusan GMP dan kkm serta status halal JAKIM. Namun keasliannya masih menjadi tandatanys kerana kaedah pembuatan dan pengilangan mengambilkira kos, tempoh yang singkat dan volume yang besar. Antara yang asli dan bukan asli hampir sukar dikesan kecuali ada beberapa hal seperti yang asli terhasil tanpa kandungan kolesterol, tidak melekit, warnanya lebih jernih murni dan baunya kurang tengit. Beza utama ialah virgin coconut oil asli tanpa melalui proses pemanasan samasekali, sedangkan yang asli melalui proses pemerapan dalam suhu beku yang tinggi untuk tempoh beberapa hari, bukannya dimasak dan melalui proses penapisan selepasnya untuk menjadikannya jernih.

Apa pula kegunaannya?. Antaranya penyakit yang boleh dirawat ialah;

  1. Kanser dan tumor
  2. ⁠Cyst
  3. ⁠Tyroid
  4. ⁠bengkak kalenjar
  5. ⁠Masalah prostat
  6. ⁠Psiarosis dan eczema
  7. ⁠Senggugut dan keputihan
  8. ⁠Gastrik dan gerd
  9. ⁠Pelancar dan penambah susu badan
  10. ⁠Ulser
  11. ⁠Sebagai minyak selusuh
  12. ⁠Pelebat rambut kanak2
  13. ⁠Minyak urutan alat vital lelaki
  14. ⁠ Sukar bersalin
  15. ⁠Pesakit lumpuh dan koma.

Anda dinasihat merujuk pada label produk mengenai cara-cara menggunakannya.

Memandagkan virgin coconut oil boleh dibuat sendiri di rumah sebagai produk homemade, terutama untuk kegunaan para pesakit anda, maka saya bersedia menunjukkan kaedahnya. Bahan paling utama yang diperkukan ialah buah kelapa tua, lagi tua lagi baik dan lebih afdal yang berisi tebal. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:

1. Santan kelapa yang segar dan asli 1 kg.

⁠2. Bekas pelastik seperti bekas nata decoco yang ada penutup.

⁠3. Beberapa helai kertas turas yang boleh dibeli di kedai ‘stationary’ atau kedai menjual peralatan makmal.

⁠4. strerilled cotton ball beberapa biji.

⁠5. penyedut atau syringe untuk menyedut minyak yang boleh dibeli di farmasi.

⁠6. Beberapa biji botol kaca kosong berpenutup yang boleh dibeli di kedai ubat cina.

Setelah bahan-bahan tersebut disediakan dan dibersihkan, proses seterusnya ialah:

  1. Isi santan segar ke dalam bekas platik, tutup rapat dan simpan dalam peti sejuk suhu beku selama 3-4 hari.
  2. ⁠Keluarkan santan yang telah dibekukan dan dedahkan pada suhu bilik selama 3 jam sehingga cair dan terbentuk 3 lapisan.
  3. ⁠Lapisan paling atas adalah pati atau keladak kelapa yang perlu dibuang dengan cermat.
  4. ⁠Lapisan tengah atau kedua adalah minyak virgin coconut oil yang perlu disedut.
  5. ⁠ keluar menggunakan alat penyedut atau syringe jika dibuat dalam kuantiti kecil.
  6. ⁠Setelah semua virgin coconut oil disedut keluar sediakan bekas untuk ditapis menggunakan kertas turas dan cotton ball, tujuannya untuk menapis segala partikel dan bahan yang terapung di dalam virgin coconut oil.
  7. ⁠virgin coconut oil yang siap ditapis masukkan ke dalam botol ikut saiz sukatan ml yang dikehendaki.
  8. ⁠Setelah setelah semua botol berisi virgin coconut oil, baca ruqyah dan setelah selesai tutup ketat-ketat botol dengan penutup.
  9. ⁠Simpan di tempat bersih, kering pada suhu bilik.
  10. ⁠Virgin coconut oil juga boleh dibuat dalam bentuk soft gel dan tablet tapi memerlukan mesin khas yang kosnya boleh tahan.
  11. ⁠Keladak bahagian lapisan paling atas boleh dimasak dalam kuali untuk menghasilkan minyak masak dan tahi minyak. Minyak boleh untuk menggoreng dan tahi minyak tabur atas kuih koleh lemak.
  12. ⁠Lapisan paling bawah adalah air yang boleh disiram ke perdu pokok buah-buahan sebagai baja penggalak dan pelebat buah.

Nota: Saya dengan sukarela berkongsi cara membuat virgin coconut oil homemade khas untuk ahli gpmm yang berhajat. Kaedah tersebut saya belajar dari seorang kenalan di Terengganu kira-kira15 tahun lepas. Jika ada yang berminat, nanti saya tunjukkan pula cara membuat makjun ‘special’ untuk lelaki dan wanita terutama ibu selepas bersalin. Sekian,

Dr Abdy
5.2.24