Khasiat minyak arnab

Antara minyak terbaik untuk mengatasi masalah urat saraf , otot dan sendi pesakit akibat stroke atau lumpuh dan koma lama adalah minyak arnab. Ramai tidak menyedari bahawa arnab adalah haiwan yang sangat berjasa kepada manusia. Namun sebahagian umat Islam tidak menyukai daging arnab dan sebahagian mereka terutama yang bermazhab Hanafi, mereka dilarang untuk memakan daging arnab. Sebaliknya bagi kita yang bermazhab syafie, arnab halal dimakam bahkan enak dibuat satey dan rendang.

Khasiat arnab terletak pada minyaknya. Ia setanding dengan minyak unta, minyak kambing gurun dan minyak kelapa dara (VCO). Minyaknya dijadikan minyak urut atau campuran dengan minyak lain lain seperti minyak daun bidara (untuk urutan pesakit gangguan) baik lelaki mahupun wanita. Saya syorkan minyak ini digunakan oleh para tukang urut yang mengamalkan kaedah urutan ke atas pesakit yang disebutkan di atas. Memandangkan minyak ini masih sukar diperolehi di pasaran, maka saya perturunkan cara menghasilkannya yang boleh dibuat sendiri di rumah. Caranya ialah:

  1. Ambil seekor arnab jantan berusia kira-kira dua tahun dan lebih afdal yang berbulu warna putih.
  2. ⁠Sembelih mengikut syarak dsertai niat untuk dijadikan ubat.
  3. ⁠Setelah dilapah dan dibersihkan, potong dagingnya kecil2 berbentuk dadu dan toskan.
  4. ⁠Panaskan kuali dan masukkan 1-2 sudu kecil minyak zaitun atau minyak jagung dan panaskan.
  5. ⁠Masukkan 7 kuntum bunga cengkih, 3 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga. 2 inci halia bara yang dihiris kecil, sebiji buah keras, seinci kulit kayu manis, setengah sudu kecil 3 jenis jintan iaitu jintan putih, jintan hitam dan jintan manis, tumis kesemua bahan tadi sehingga pecah minyak sehingga bangkit aroma.
  6. ⁠Masukkan daging arnab yang telah ditoskan tadi dan gaul perlahan2 ikut arah lawan jam.
  7. ⁠Kecilkan api dan tunggu sehingga keluar minyak dan tutup api.
  8. ⁠Setelah sejuk asingkan minyak dalam kuali, tapis dan isikan dalam botol kaca kedap udara. Minyak dah tersedia untuk digunakan.
  9. ⁠Daging arnab yang dah masak boleh diberi makan kepada oesakit. Jika pesakit tak lalu makan, beri je kepada perawat atau tukang urut atau ahli keluarga pesakit sendiri yang boleh mengurut.
  10. Bacaan sepanjang memasak minyak arnab ialah:

    a) Al-Fatihah

    b) Selawat

    c) Bismillah 5

    d) al-Syuara’ 26: 130
    واذا بطشتم بطشتم جبارين

    e) Yaasin 36: 78-79
    قال من يحيى العظام وهى رميم . قل يحييها الذى انشاءها اول مرة وهو بكل خلق عليم .

Nota:
Saya cuma berkongsi kaedah menyediakan minyak arnab. Cara mengurut rujukilah mana-mana tukang urut yang bertauliah berhampiran anda.
Selamat berikhtiar kemudian bertawakkal, insyaAllah sembuh.

Sekian.

Dr Abdy
5.2.24