Banyak berguru ada baik dan buruknya
Berguru dengan ramai guru ialah satu peluang untuk meningkatkan tahap keilmuan seseorang termasuk ilmu pengubatan Islam. Namun terdapat orang yang terlalu ghairah menghabiskan harta, masa dan tenaga untuk ke sana sini mencari ilmu. Tentu saja kekebihannya banyak. Ilmu pengubatan adalah bersifat praktikal dan setiap perguruan memiliki metodologi dan teknik rawatan yang berbeza2. Maka dibimbangi jika seseorang mengikuti kepelbagaian disiplin ilmu seperti perubatan etnik, perubatan bangsa dan kaum, orang asli, perubatan sufi kerohanian dan batiniah, tenaga dalam, pengubatan tradisional dan juga rawatan Islam, maka acuan apakah yang akan terbentuk nanti.
Dalam coretan ini saya cuba lontarkan pula beberapa sisi negatif yang boleh terjadi jika seseorang kurang cermat dan tidak bersedia menghadapi pelbagai cabaran yg muncul. Saranan saya adalah seperti berikut:
- Bergurulah dengan guru mursyid yang jelas latar belakangnya, perguruannya dan nyata dia memiliki aqidah yang benar serta bermazhab ahli sunnah wal jamaah.
- Mantapkan dulu asas ilmu fardu ain, ilmu hadith dan tafsir termasuk bahasa arab, aqidah, syariat dan akhlak atau tasawwuf sebelum meneroka kepelbagaian ilmu pengubatan.
- Tahu memilih dan mnilai sesuatub ilmu dan jangan hanya kerana nak cuba2.
- Ikhlaskan diri, bukan cuma ingin tahu kelebihan dan kekurangan seseorang guru.
- Jangan jadikan perguruan sebagai medium untuk berdebat, berhujah dsb
- Jangan sekadar untuk menambah senarai perguruan dengan sijil penyertaan, sijil dan ijazah sanad yang pelbagai untuk dimuatkan dalam dlm cv dan resume agar dapat dipamerkan kepada orang lain.
- Hormatilah guru walaupun ada yg berbeda pendapat dalam hal tertentu.
- Jangan cepat mendabik dada dan berbangga dengan senarai guru yang panjang.
- Kadang2 boleh mengelirukan untuk beramal lantaran terlalu banyak kaedah yang dipelajari serta berbagai jampi diajar sehingga boleh jadi gila isim.
- Boleh terjebak dengan ajaran yang aneh2 akibat keterujaan mendapat ilmu yang pelik2 dan luar biasa.
- Ingatlah, syaitan sentiasa mendorong seseorang itu belajar dengan ramai guru agar dengan itu dia boleh menyombong dan takjub pada diri sendiri.
- Ingat, penyakit ain boleh berlaku jika seseorang merasakan dirinya hebat dan takjub dengan diri sendiri.
Semoga pencinta ilmu pengubatan Islam berada di bawah perlindungan Allah swt sentiasa dan diharap dapat dimanfaati ilmunya serta tidak kedekut dan enggan berkongsi ilmu dengan orang lain.
كتمان العلم من الكباءر
Menyembunyikan ilmu termasuk salah satu dosa2 besar.
Sekian, abdy
24.1.24

