Hijab pandangan jin dari melihat aurat kita
Benar bahawa jin boleh melihat kita sementara kita tidak mampu melihat jin. Demikian Allah Ta’ala tegaskan dalam al-Quran,
ﻳَﺎ ﺑَﻨِﻲ ﺁﺩَﻡَ ﻻَ ﻳَﻔْﺘِﻨَﻨَّﻜُﻢُ ﺍﻟﺸَّﻴْﻄَﺎﻥُ ﻛَﻤَﺎ ﺃَﺧْﺮَﺝَ ﺃَﺑَﻮَﻳْﻜُﻢ ﻣِّﻦَ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔِ ﻳَﻨﺰِﻉُ ﻋَﻨْﻬُﻤَﺎ ﻟِﺒَﺎﺳَﻬُﻤَﺎ ﻟِﻴُﺮِﻳَﻬُﻤَﺎ ﺳَﻮْﺀَﺍﺗِﻬِﻤَﺎ ﺇِﻧَّﻪُ ﻳَﺮَﺍﻛُﻢْ ﻫُﻮَ ﻭَﻗَﺒِﻴﻠُﻪُ ﻣِﻦْ ﺣَﻴْﺚُ ﻻَ ﺗَﺮَﻭْﻧَﻬُﻢْ…
“Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu ditipu oleh syaitan, sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu-bapamu dari Syurga; ia menanggalkan pakaiannya dari keduanya untuk memperlihatkan –kepada keduanya– ‘auratnya. Sesungguhnya, iblis dan golongannya boleh melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak mampu melihat mereka.” (QS. Al-A’raf:27)
Ayat ini adalah umum. Ertinya, jin boleh melihat kita dalam semua keadaan, baik ketika kita memakai pakaian atau melepas pakaian. Sehingga jika dibiarkan, jin boleh melihat aurat manusia ketika kita tidak berpakaian.
Solusi agar tidak dilihat jin.
Dari kekasih Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam kepada umatnya, beliau ajarkan kepada kita pelbagai sunah yang akan menyelamatkan kita dari bahaya dunia dan akhirat. Tidak terkecuali bahaya jin yang berada di sekitar kita.
Cara yang Baginda ajarkan, agar aurat kita tidak dilihat jin adalah dengan membaca basmalah ketika membuka pakaian. Dari Abu Said al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ﺳِﺘْﺮُ ﻣﺎ ﺑَﻴْﻦَ ﺃَﻋْﻴُﻦِ ﺍﻟْﺠِﻦِّ ﻭَﺑَﻴْﻦَ ﻋَﻮْﺭَﺍﺕِ ﺑَﻨِﻲ ﺁﺩَﻡَ ، ﺇِﺫَﺍ ﺧَﻠَﻊَ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﺛَﻮْﺑَﻪُ ﺃَﻥْ ﻳَﻘُﻮﻝَ : ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠَّﻪِ
Tabir antara pandangan mata jin dengan aurat bani adam (manusia) adalah apabila seseorang melepas pakaiannya, dia membaca: bismillah. (HR. Ibnu Adi, at-Thabrani dalam Mu’jam al-Ausath – al-Mathalib al-Aliyah, al-Hafidz Ibnu Hajar, no. 37)
Demikian pula, ketika seseorang hendak masuk bilik mandi, dianjurkan untuk membaca basmalah, sebagai tabir auratnya dari pandangan jin. Dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ﺳَﺘْﺮُ ﻣَﺎ ﺑَﻴْﻦَ ﺃَﻋْﻴُﻦِ ﺍﻟﺠِﻦِّ ﻭَﻋَﻮْﺭَﺍﺕِ ﺑَﻨِﻲ ﺁﺩَﻡَ: ﺇِﺫَﺍ ﺩَﺧَﻞَ ﺃَﺣَﺪُﻫُﻢُ ﺍﻟﺨَﻠَﺎﺀَ، ﺃَﻥْ ﻳَﻘُﻮﻝَ: ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠَّﻪِ
Tabir antara pandangan mata jin dengan aurat bani adam (manusia) adalah apabila seseorang masuk kamar mandi, dia membaca: bismillah. (HR. Turmudzi 606)
Imam An-Nawawi mengatakan,
ﻗﺎﻝ ﺃﺻﺤﺎﺑﻨﺎ: ﻭﻳﺴﺘﺤﺐّ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﺬﻛﺮ ﺳﻮﺍﺀ ﻛﺎﻥ ﻓﻲ ﺍﻟﺒﻨﻴﺎﻥ ﺃﻭ ﻓﻲ ﺍﻟﺼﺤﺮﺍﺀ ، ﻗﺎﻝ ﺃﺻﺤﺎﺑﻨﺎ ﺭﺣﻤﻬﻢ ﺍﻟﻠﻪ : ﻳُﺴﺘﺤﺐّ ﺃﻥ ﻳﻘﻮﻝ ﺃﻭّﻻً” : ﺑﺴﻢ ﺍﻟﻠﻪ ” ﺛﻢ ﻳﻘﻮﻝ” : ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇﻧﻲ ﺃﻋُﻮﺫُ ﺑِﻚَ ﻣﻦ ﺍﻟﺨُﺒْﺚِ ﻭﺍﻟﺨَﺒﺎﺋِﺚِ
Para ulama madzhab kami –syafiiyah – mengatakan, ‘Dianjurkan membaca basamalah ini, baik ketika buang air di dalam bangunan atau di luar rumah.’ Mereka juga menjelaskan, dianjurkan untuk membaca: ’Bismillah’ terlebih dahulu, kemudian membaca:
ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺇﻧﻲ ﺃﻋُﻮﺫُ ﺑِﻚَ ﻣﻦ ﺍﻟﺨُﺒْﺚِ ﻭﺍﻟﺨَﺒﺎﺋِﺚِ
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari keburukan dan segala sebab keburukan. (al-Adzkar, hlm. 26)
Wallahu a’lam.
Suntingan – Haji Amar Amin