Manfaat bidara bukan untuk rawatan sihir sahaja
Ramai pakar bioteknologi dan herbalist telah mula sedar tentang kandungan bahan aktif bermutu tinggi dalam daun bidara. Dalam journal dari UiTM, penyelidik menyatakan Malaysia kekurangan kajian tentang daun bidara. Dalam penyelidikan tersebut, penyelidik mendapati daun bidara mempunyai pelbagai bahan aktif yang bertindak sebagai antibacterial terhadap bakteria-bakteria yang merbahaya seperti Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus, Escherichia coli (menyebabkan enteritis) and Salmonella sp (boleh menyebabkan demam kepialu). (Journal of Academia UiTM Negeri Sembilan 5 (2017) 17-26 17 PHYTOCHEMICAL ANALYSIS AND BIOACTIVITY STUDIES OF ZIZIPHUS MAURITIANA (TWIGS AND LEAVES) Saidatul Aqilah Mohamad Yusof and Rohaiza Saat).
Satu lagi kajian di Mesir mendapati daun bidara mengandungi anti oksidan yang tinggi dan sifat anti-inflammatory (anti-radang) yang boleh merawat masalah ekzema, psoriasis, dan pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian tersebut ekstrak daun bidara setanding Vitamin C dan Quercetin dan dapat memberikan kesan mencerahkan kulit, melembutkan kulit, serta awet muda (meremajakan kulit), (Biological activities of methanolic leaf extract of Ziziphus mauritiana in Bioscience Biotechnology Research Communications 9(4):605-614 · December 2016) Kajian lain membuktikan daun bidara dapat mengurangkan jeragat, menghilangkan kesan parut, meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit. (Ziziphus mauritiana leaf extract emulsion for skin rejuvenation in Tropical Journal of Pharmaceutical Research 15(5) · April 2016).