Jerawat gatal: Islam ada penjelasannya

Perkongsian ringkas pada malam ini berkenaan jerawat gatal atau popular di alam Nusantara dengan nama jerawat cinta. Boleh berlaku pada anggota hidung atau dalam istilah sains perubatan dengan nasal vestibulitis atau folliculitis merupakan benjolan kecil merah atau radang di sekitar lubang hidung atau boleh juga di mana-mana kawasan pada muka.

Keterangan: Tanda-tanda jerawat jenis ini, hanya satu benjolan sahaja terbentuk pada satu-satu masa, berbeza dengan jerawat biasa yang terbentuk dalam jumlah yang lebih banyak.

Awas ‘jerawat gatal’ juga adalah sebahagian dari juzuk penyakit ‘ayn tanpa kita sedar, atau disebut dalam bahasa Inggeris, the evil eye/al-‘ayn dalam Bahasa Arab… al-Hafiz Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathul Bari menyatakan:

“al-‘Ayn boleh terjadi daripada rasa takjub walaupun tanpa ada sifat iri dan hasad, (boleh juga terjadi) walaupun daripada orang yang mencintai dan (walaupun) daripada seorang yang soleh (tanpa disengajakan).” (Fath al-Bari, juzu 10: 203-205).

Jerawat jenis ini boleh berlaku secara nyata atau hanya dengan melihat gambar-gambar yang dikongsi dalam instagram/FB. Tanpa sedar penyakit ini kemungkinan datang daripada followers yang terpegun dengan empunya diri sehingga terbit perasaan yang kuat dari hati, maka akan berlaku al-‘Ayn seperti yang disebut dalam satu Hadith, Nabi SAW bersabda:

الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Maksudnya: “Al-‘Ayn itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang mendahului qadar maka al-‘Aynlah (yang dapat mendahului). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah.” (Riwayat Muslim)

Walaupun jerawat jenis ini tdk merbahaya, untuk kulit kembali sihat tanpa kesan benjolan lebih cepat usahakan dengan dibacakan ruqyah syar‘iyyah, seperti yang disebut dalam satu Hadith, Rasulullah SAW bersabda:

لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَة

Maksudnya: “Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ayn, atau penyakit yang diakibatkan oleh sengatan binatang berbisa.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wallahu a‘lam

Kajian bersama:
– Hj Amar Amin, Pengasas Wadisyifa Kuala Lumpur.
– Puan Azwaniey Ahamad (SKM Therapist, Tenaga pengajar professional VTO), Pengasas pusat terapi D’Salama Ipoh.
(Pengamal Pengubatan GPMM)