Ikhtiar masalah zuriat pasangan suami & isteri

(Perkongsian artikel ringkas ini adalah ehsan dari Tuan Helmy Nizam At-Thobibi, Pengurus Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sg. Besi Kuala Lumpur dari perguruan YH Tuan Guru Us Dato’ Sharhan Shafie)

Bagi wanita yang belum lagi mendapat zuriat, pasti tertanya-tanya apakah penyebab susah hamil padahal haid lancar dan mengikut kiraan masa. Untuk pengetahuan anda, kadangkala isu sukar hamil ini bukan sahaja melibatkan kesuburan wanita, tetapi juga beberapa faktor lain.

Boleh jadi ia berpunca daripada ketidaksuburan pasangan atau gabungan beberapa punca yang menyebabkan wanita sukar untuk hamil.

Bagi wanita, masalah kesuburan boleh berpunca daripada:

  • masalah hormon
  • faktor usia
  • fibroid
  • penyakit keradangan pelvik
  • endometriosis
  • masalah struktur sistem peranakan

Bagi pihak lelaki pula, masalah ini boleh disebabkan masalah berikut:

  • masalah pembentukan sperma (pada lelaki)
  • masalah organ-organ pembiakan seperti masalah struktur
  • masalah hormon
  • akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
  • masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari

Namun, ada beberapa kaedah rawatan tradisional bagi mengembalikan kesuburan kedua-dua pasangan agar mudah untuk hamil. Antara ikhtiar yang menjadi pilihan di Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani adalah seperti keterangan berikut.

Bahan-bahan yang pesakit perlu bawa dari rumah:

1. Telur Ayam kampung 14 biji.
2. Madu asli / Tualang / Yaman.
3. Bawang putih.
4. Minyak jagung.

Madu asli tualang.

Nota penting

  • Kesemua bahan-bahan ini perlu diruqyahkan terlebih dahulu.
  • Pesakit perlu lalui teknik urutan dibahagian belakang peha kaki.
  • Pesakit perlu jalani proses ruqyah bagi memastikan tiada unsur sihir / campurtangan makhluk halus yg menjadi punca keguguran / mati pucuk.
  • Pesakit diminta untuk melazimi selawat atas Baginda Nabi SAW.

    Nota tambahan:
  • Pantang mereka yang menjalani proses rawatan adalah seperti berikut

    – Air kelapa
    – Kepak ayam
    – Daun kesum (mengurangkan keberkesanan bahan-bahan terapi)

Kaedah terapi pemakanan

Hari pertama (Isnin)
– Pagi selepas subuh: makan 2X biji telur mentah dicampur sesudu madu 1X dalam satu pinggan suami isteri makan silih bergantian dengan sudu yang sama.
– Malam: 1X labu bawang putih digoreng dengan minyak jagung dan dimakan 1/2 suami & 1/2 isteri.

Doa ini adalah untuk diamalkan pesakit wanita setiap kali sebelum terapi pemakanan, bahan-bahan yang telah diruqyah tadi. (Imej ehsan dari imuslimshop.com)

Hari ke-2 (Selasa)
Rehat

Hari ke-3 (Rabu)
Ulangan rawatan kendiri

hari ke-4 (Khamis malam Jumaat)
Bersama suami isteri

Khasiat bawang putih diakui turun temurun dalam kaedah pengubatan tradisional.

Hari ke-5 (Jumaat)
Ulangan rawatan kendiri

Hari ke-6 (Sabtu)
Rehat

Hari ke-7 (Ahad)
Bersama suami isteri

Hari ke-8 (Isnin)
Ulangan rawatan kendiri

Hari ke-9 (Selasa)
Rehat

Hari ke-10 (Rabu)
Ulangan rawatan kendiri

Hari ke-11 (Khamis malam Jumaat)
Bersama suami isteri

Testimoni pesakit.

Hari ke-12 (Jumaat)
Rehat

Hari ke-13 (Sabtu)
Ulangan rawatan kendiri

Hari ke-14 (Ahad)
Bersama suami isteri

Sekiranya perlu pesakit akan diminta untuk mengulangi semula kaedah kitaran terapi tadi sekali lagi bergantung kepada keadaan dan nasihat dari pengamal pengubatan Islam.

Wallahua’lam.

Minyak untuk masalah mati pucuk.