‘Ain amat bahaya

Imam al-Alusi menyebut dalam tafsirnya seperti diceritakan kepadanya oleh al-Ghassani bhw Abd al-Rahman bin Abd al-Malik telah membunuh dirinya sendiri dengan ‘Ain. Ini bermakna pencetus ain bukan hanya boleh memudaratkan orang lain atau orang lain memudaratkan namun seseorang itu boleh mengenakan ain ke atas diri sendiri sehingga membawa maut. Bagaimana ia boleh berlaku?. Begini kisahnya.

Pada suatu hari Abd al-Rahman memandang cermin dan merasa takjub dengan dirinya serta berkata2 sesuatu yg memuji dirinya (maaf saya tidak sebut di sini kerana agak panjang). Sejurus selepas itu beliau terkena ‘ain sehingga beliau wafat di rumahnya. Beliau terkena salah satu dari 5 jenis ‘ain yg pernah disebut sblm ini. Moga kita semua ambil iktibar.

Dr Abdullah Yusof
EXCO Latihan dan pembangunan
GPMM