Apa ada dengan zikir sufi?
Dalam pengubatan Islam, zikir adalah salah satu bentuk tazkiyatunnafs yang boleh membantu merawat jiwa yg lara, sedih, stres dan sebagainya. Ia juga boleh mendamaikan qalbu dan rohani seseorang yang sentiasa resah, gundah gulana dan dirundung malang.
Dalam tariqat terdapat zikir-zikir yang dibaca beramai dengan nada dan tempo tertentu serta gerakan-gerakan yg melambangkn mereka sudah berada dalam kelazatan berzikir. ini termasuk juga zikir sufi yang berkembang di kawasan Asia Tengah. Anggap saja itu bentuk budaya sebagai manifestasi kpd ketundukan, keinsafan dan ketaqwaan kpd Allah serta kecintaan kpd Nabi SAW. Itu juga berlaku dalam seni dikir barat yang asal kalimah dikir itu adalah zikir, lama kelamaan bertukar sebutan kpd dikir. Barat itu adalah sebelah Siam terutama 4 wilayah selatan iaitu narathiwat, patani, yala dan satun atau si chanwat chiden paktsai. Dulu org Kelantan kalau nak pergi ke barat bermakna pergi ke siam.
Zikir barat itu berasal dari siam, dibaca zikir memuji-muji Allah beramai-ramai dlm satu kumpulan kira-kira 10 org, masa berlalu dan instrumen digunakan iaitu gendang ibu, kemudian ditambah dengan alat-alat lain ( tanpa arau bertali atau bertiup) agar beat dan tempo dapat diselaraskan utk melahirkan seni n keindahan dlm berzikir @ berdikir.
Jadi yang tidak memahami ttg zikir golongan sufi dan tariqat, elok bljr dari yg arif. Budaya itu milik sesuatu kaum n bangsa, jika diserapi dgn kalimah zikir lain apa salahnya dgn syarat tidak melanggar syariat dan aqidah. Begitu juga seni berzanji, marhaban, qasidah, burdah, selawat dsb yg berkembang dlm budaya bangsa.
ان الله جميل يحب الجمال
- Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia sukakan keindahan
- maksud hadith.
Kesimpulan
Manusia yg memikiki rasa ubudiyyah memanifestasikan raganya dalam berbagai cara atau bentuk. Itulah dinamakan tariqat . Asalkan menjaga kesopanan, batasan aurat selain menuturkan sebutan kalimah zikir yang baik-baik, maka janganlah terlalu gopoh menghentam mereka, Jika terdapat perkara tidak elok, berdiskulah agar yg keruh itu kembali jernih. Sekian.
-DrAbdy 5.10.24

