Betulkah human body immunity system yang lemah menjadi punca pelbagai penyakit?

Dalam tulisan terdahulu sistem imun yang rendah bukan menjadi punca kepada penyakit. Namun imun yang rendah boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit.

Sistem imuniti atau sistem imun atau kekebalan tubuh seseorang manusia memiliki peranan penting dalam aspek kesihatan.

Antara peranan sistem imun ialah melindungi tubuh anda dari zat berbahaya, kuman, virus, bakteria dan pelbagai ejen pembawa penyakit dan perubahan sel yang dapat membuat anda mendapat sakit. Ia terdiri dari berbagai organ, sel, dan protein.

Selama sistem kekebalan tubuh anda berfungsi dengan lancar dan baik, anda jarang menyedari bahaws itu adalah nikmat pemberian Allah swt yang termahal dalam aspek jesihatan. Sebagai contoh ada orang yang kurang cermat menjaga kesihatan dan pemakanan namun jarang mendapat sakit, sebaliknya ada yang amat ketat menjaga pemakanan, kesihatan dan getakan jasmani namun terlalu muda mendapat sakit. Hinggakan terkena cuaca panas sefikit atau tempias hujan terus jatuh sakit hingga terpaksa ditahan di wad. Orang itu dianggap babil atau lasak kerana tahap sistem imun badannya yang tinggi.

Itulah sebenarnya sistem imun yang rendah bukan menjadi punca penyakit, cuma ia menyebabkan seseorang iitu mudah mudah mendapat penyakit lantaran kerana kemerosotan tahap imunnya.

Jadi, apa solusinya untuk menstabilkan tahap imun seseorang. Dalam pengubatan Islam ada dua kaedah yang boleh dilakukan iaitu aspek rohani dan aspek jasmani.

Dalam aspek rohani, amalam zikir, doa, solat hajat, bertaubat,dan bersyukur antara yang boleh diamalkan. Manalala dalam aspek fizilal, pengambilan makanan sunnah, penjagaan bahan halan tayyiba, menjalinkan silaturrahim, bersedekah dan myantuni kedua orang tua dan kauum keranat antara yang boleh dilazimi. Bagi pengamal pengubatan Islam, adalah biasa mereka mengesyorkan pengambilan madu lebah, habbatussawda, tamar ajwa, kismis, talbinah, minyak zaitun, air zam-zam selain memakan daging kambing bahagian peha depan kanan yang menjadi kegemaran Nabi saw dan banyak lagi. Semua itu adalah ikhtiar dengan memanjat doa agar Allah swt sentiasa menjaga sistem kekebalan tubuh yang stabil dalam menghadapi sebarang serangan penyakit fizikal mahupun penyakit spiritual.

Kesimpulan

Sistem imun tubuh yang lemah bukanlah punca terjadinya berbagai jenis penyakit, namun ianya merupakan benteng pertahanan tubuh dari mudah terkena penyakit.

Justeri itu setiap orang kena mengambil beberapa langkah seperti disebutka di atas. Semoga dengan itu Allah swt memberi kehidupan yang lebih baik dalam keadaan sihat wal afiat buat kita semua.

Sekian

-Dr Abdy
4.10.24