‘Ain dan sihir: perawat perlu mahir bezakan
Ain bukanlah sihir dan sihir pula bukanlah ain; kedua2nya tidak sama namun kesannya hampir serupa.
Ain terbahagi dua iaitu ain hasad dan ain ta’jub. Ain boleh terkena ke atas manusia sesama manusia, antara manusia dgn haiwan dan ain sesama haiwan. Dikatakan pokok juga blh terkena kesan ain.
Perkara yang paling sukar ialah untuk menentukan seseorang itu terkena ain kah atau terkena sihir atau gangguan biasa kesan buruknya hampir sama antara ain dan sihir manakala perawat pula sering membuat andaian, telahan atau agakan sahaja.
Dalam kes sihir, rawatannya kebih mudah berbanding kes ain. Kita hampir tidak pasti siapa yang menjadi punca ain dan siapa yang terkena ain, lagipun keduanya adalah mangsa yang perlu dirawat.
Dalam kuliah pengubatan topik sihir dan ain dibincangkan namun biasanya tiada sebarang perbincangan mengenai perbezaan kesan antara sihir dan ain kerana kesannya persis sama.
Apabila seorang pesakit diddapati mengalami tanda dan gejala tertentu, macamana perawat hendak mengkategorikan pesakit itu samada terkena sihir atau terkena ain. Di sini perawat tidak patut main agak2 atau membuat telahan semata2. Ini kerana kaedah rawatan untuk kedua2nya tidak sama dan penggunaan ayat ruqyah juga berbesa. Jika ain, adakah itu ain hasad ataukah ia ain ta’jub. Itu juga mengelirukan perawat.
Kesimpulan
Dunia rawatan masih banyak yang belum tersingkap dan banyak isu yang belum dipecahkan. Itu belum lagi perbincangan tentang ain sesama manusia, antara manusia dan haiwan, antara sesama haiwan bahkan ain yang melibatkan pokok. Bagaimana pula berlakunya ain dalam kalangan bangsa jin?. Contohnya manusia yang terkena panahan ain dari jin. Isu2 tersebut perlu dibincang secara serius dan lebih mendalam khususnya oleh GPMM agar ahli-ahli mendapat manfaatnya.
Sekian.
-DrAbdy 22.10.24

