Perbanyakkan doa & ampunan ketika sujud

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد ، فأكثروا الدعاء

Maksudnya: “Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud).”

(Riwayat Muslim dan al-Nasaie.)

Sebagai hamba Allah kita tidak terlepas daripada melakukan kesalahan tanpa sedar atau tidak .

Maka Rasulullah s.a.w menganjurkan bacaan tasbih ketika rujuk Dan sujud

سُبْحانك ربَّنَا وبِحمْدِكَ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لي
( متفقٌ عَلَيهِ).

Adapun ketika sujud akhir dianjurkan membaca doa Berikut:-

انَّ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ كانَ يَقولُ: في سجودِهِ

اللَّهمَّ اغفِر لي ذنبي كُلَّهُ دِقَّهُ، وجِلَّهُ، وأوَّلَهُ وآخرَهُ وعلانيتَهُ وسِرَّهُ

(Hadith Riwayat Bukhari)

Nota: Amalan di atas, Ustaz selalu ijazahkan dalam kuliah masjid dan surau.

Ustaz Malek Mohammad (Ust Malek Tapah)
Naib Pengerusi GPMM
10.2.2024