Ayat pelembut haiwan sembelihan

Dalam perkongsian ini saya ingin bawa urusan ruqyah dalam proses sembelihan. Sembelih di sini bukan sembelih jin tapi sembelih haiwan yang halal dimakan. Bab sembelih jin nantilah lain kali.

Berikut adalah petua atau tips bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang sembelihan haiwan ternakan baik untuk kegunaan sendiri mahupun untuk tujuan komersial. Haiwan ada dua jenis iaitu al-An’am dan al-Bahimah. Contoh al-An’am seperti kambing, biri-biri, unta dan kibas manakala al.Bahimah seperti kuda, keldai, buaya dan gajah. Al-An’am halal dimakan manakala al- Bahimah terdapat perselisihan.. Kuda misalnya terdapat hadith riwayat Aisyah r.a ianya disembelih dan dimakan oleh sahabat. Buaya pula halal di sisi mazhab Maliki. Semua yang halal hendaklah disembelih mengikut hukum syarak kecuali hidupan akuatik seperti ikan bangkainya pun boleh dimakan.

Perkongsian kali ini berkaitan tips sembelihan agar dagingnya empuk, lembut, manis, tidak hamis dan memecah liur orang untuk memakannya. Berikut adalah petua yang di pernah diberikan oleh Tuan Guru Hj Hashim, (arwah) mudir pondok Pasir Tumbuh dan juga teman-teman penyembelih di seberang, iaitu:

  1. Warna: pilihlah warna yang paling afdal mengikut urutan iaitu putih, diikuti putih bercampur hitam, merah, kelabu dan hitam.
  2. ⁠Beri dulu haiwan makan dan minum sampai kenyang beberapa jam sebelum sembelih.
  3. ⁠Pilih yang sihat dan tidak cacat dan bukan haiwan gila.
  4. ⁠Gunakan pisau sembelih khas yang tajam, bukan pisau dapur.
  5. ⁠Haiwan ditumbangkan jangan sampai terjerut dan tercekik dan ikatan hendaklah longgar.
  6. ⁠Setelah ditumbangkang menghadap qiblat, penyembelih datang dari dari arah belakang.
  7. ⁠Pisau sembelih hendaklah bersarung atau berbungkus dan diselit di bahagian belakang pinggang.
  8. ⁠Jangan tunjuk atau menghunus mata pisau ke arah haiwan dan tutup mata haiwan dengan daun pisang atau daun keladi (jika ada).
  9. ⁠Penyembelih hendaklan ambil sekeping asam keping atau asam gelugor dan kemam dalam mulut sambil hisap, asam boi pun boleh, Jangan buang sehingga selesai sembelih.
  10. Ketika hendak sembelih, posisi hendaklah sedikit membongkok dan renggang atau jarakkan sedikit pegangan pisau
    dari celah kelangkang penyembelih.
  11. Donggakkan sedikit kepala haiwan ke depan atau arahkan ke atas dari tentukan kedudukan biji halkum haiwan.
  12. ⁠Letakkan mata pisau jarak ke bawah 1 jari dari biji halkum untuk haiwan kecil seperti kambing dan jarak 2-3 jari jika haiwan bersaiz besar seperti kembu dan kerbau.
  13. ⁠Setelah selesai sembelih, sapu kedua2 belah mata pisau yang masih berdarah ke pipi dan tubuh haiwan, lalu campak pisau ke tanah bahagian depan haiwan.
  14. ⁠Jangan basuh pisau sembelih sehingga dipastikan haiwan benar2 dah mati,
  15. ⁠Jangan gunakan pisau sembelih untuk melapah dan memotong daging, gunakan pisau lain.
  16. ⁠Asam keping yang dikemam tadi bolehlah dibuang atau ditelan saja.

Nota: Teknik menumbangkan kambing dan sembelihnya boleh dibuat seorang manakala lembu cukup dengan dua orang jika betul tekniknya. Yang ini perlukan demo. Bacakan doa dan ruqyah pelembut dan pelemah sewaktu menumbangkan haiwan. Apa ayatnya?, nantilah pada lain kesempatan. Ini sebagai persiapan sebelum tiba musim sembelihan semasa ramadan dan selepasnya. Sekian.

Dr Abdy
10.2.24