Kem jatidiri remaja GPMM 2023

SERI MENANTI, 25 NOV: Kem Jatidiri Remaja GPMM kali ini dianjurkan atas asas kesedaran dan tanggungjawab terhadap perkembangan semasa remaja muslim supaya tidak jauh dari landasan Islam dalam konteks kehidupan muslim yang sebenar, jauh dari pengaruh negatif dan kesan penggunaan gajet secara tanpa kawalan melalui pendekatan psikologi dan seni beladiri.

Kem yang berlangsung selama dua hari yang bermula pada 25 – 26 Nov (Sabtu – Ahad) ini telah berjaya dianjurkan di Ladang Alam Warisan, Seri Menanti, Negeri Sembilan, telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan dari para pelajar dan remaja seluruh negara seramai 28 orang peserta yang ada diantara mereka adalah asnaf tajaan.

Sehubungan itu pihak penganjur program ingin merakan jutaan terima kasih kepada barisan penaja dan fasilitator program yang telah bertungkus lumus menyusun dan mengatur program dengan amat baik. Jazakallahu khairan kathira.