Perbincangan dua hala GPMM – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

PUTRAJAYA – YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, menerima kunjungan delegasi GPMM dengan diiringi Professor Dr Supyan Hussin dari Universiti Kebangsaan Malaysia petang tadi.

Terima kasih YB Dato’ kerana sudi mendengar pandangan dan cadangan dari Gabungan Perawat Muslim Malaysia berkenaan beberapa isu berbangkit sektor herba dalam pembuatan ubat-ubatan dan farmaseutikal negara untuk dikembangkan melalui kajian klinikal dan sebagainya.

“Cabaran yang sangat besar bagi negara kini adalah ikhtiar mencukupkan keperluan asas makanan dan keperluan, seperti beras dan bahan mentah yang lain dalam masa yang sama mengurangkan aktiviti impot bahan mentah yang hanya akan memperlihatkan aliran keluar Ringgit Malaysia berbanding aliran masuk demi manfaat untuk ekonomi negara jangka panjang”, tambah YB Dato’ Timbalan Menteri lagi.