{"id":2384,"date":"2022-02-14T06:23:43","date_gmt":"2022-02-14T06:23:43","guid":{"rendered":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/?p=2384"},"modified":"2022-02-14T06:34:11","modified_gmt":"2022-02-14T06:34:11","slug":"jin-takut-guru-ustaz-sharhan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/","title":{"rendered":"Kisah jin takut dengar nama Sheikh Waheed Abdul Salam Bali"},"content":{"rendered":"\n<p>Dibaling dengan selipar hanya kerana bacaan Bismillah dan surah Fatehah tidak betul antara pengalaman tidak dapat dilupakan pakar perubatan Islam, Ustaz Sharhan Shafie, ketika berguru dengan tokoh makhluk halus terkemuka, Sheikh Waheed Abdul Salam Bali.<\/p>\n\n\n\n<p>Keazamannya untuk mencari dan berguru dengan wali Allah itu akhirnya tertunai selepas enam bulan mencari pakar rujuk dunia itu dalam alam makhluk halus dengan mengembara ratusan kilometer setiap hari di Mesir.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya mendapat tahu mengenai Sheikh Waheed secara kebetulan. Ketika remaja, saya sudah boleh merawat secara perubatan Islam. Suatu hari, saya mengubat pesakit yang dirasuk jin. Saya berdialog dengan jin itu dan bertanya siapakah paling ditakuti. Jin itu memberitahu ia paling takut seorang manusia yang tinggal di pedalaman Mesir namanya, Sheikh Waheed,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Peluang untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti al-Azhar selepas menggulung Diploma Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) membuka jalan mencari Sheikh Waheed.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaik tiba di Mesir, berita kepandaian Sharhan mengubat secara perubatan Islam diketahui pihak Kedutaan Malaysia di Kaherah yang memintanya mengubati Peguam Negara Mesir yang ketika itu sudah bertahun menghidap penyakit misteri.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya sudah berniat, sebaik menjejakkan kaki di Mesir, saya mahu bawa pulang `mutiara&#8217; yakni ilmu perubatan Islam. Selepas dua minggu tiba di Mesir, pihak Kedutaan Malaysia di Kaherah meminta saya mengubati Peguam Negara Mesir yang diganggu jin sezaman dengan Firaun.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Dengan izin Allah, beliau sembuh dan berita mengenainya disiarkan muka depan akhbar pada 1998 di Mesir dengan tajuk `Pelajar Malaysia mampu merawat jin merasuk orang Mesir&#8217;,&#8221; katanya yang merawat lelaki itu di Rumah Melayu Abbasiyah.<\/p>\n\n\n\n<p>Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi Sharhan apabila sepasukan polis datang ke rumah sebaik berita itu keluar dan menahannya di lokap kerana ketika itu di era pemerintahan Presiden Hosni Mubarak, sebarang perubatan makhluk halus tidak dibenarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Rupa-rupanya di Mesir ada polis dalam bidang perbomohan atau syaawuzah. Mereka masukkan saya ke lokap di Tahrif. Saya disoal siasat dan dibawa ke penjara bawah tanah yang menempatkan tahanan Ikhwanul Muslimin. Saya melihat mereka diseksa sehingga ada yang tidak mampu untuk berdiri serta kurus kering.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya diberi tiga pilihan sama ada pulang ke tanah air, dikurung seperti tahanan itu atau berhenti mengubat orang tetapi dibenar meneruskan pengajian.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya memilih tawaran ketiga. Sebaik keluar dari lokap, saya bertekad mencari Sheikh Waheed dan menangguhkan pengajian selama enam bulan,&#8221; kata Sharhan yang pembebasannya dibantu Persatuan Pertubuhan Republik Melayu Tanah Arab Mesir (PEMERAM) dan Kedutaan Malaysia di Kaherah.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tempuh perjalanan jauh<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Sharhan berkata, sukar mencari Sheikh Waheed kerana ketika itu penduduk enggan berkongsi maklumat kerana bimbang dengan tindakan rejim.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Setiap hari saya keluar awal pagi dan balik ke penginapan malam. Akhirnya, saya mendapat maklumat Skeikh Waheed tinggal di Kafr el Sheikh, kira-kira 300 kilometer (pergi balik) dari Kaherah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya dan 10 rakan ke perkampungan di pedalaman Kafr Sheikh. Sampai di situ, kami dikerumuni orang tempatan yang tidak pernah melihat lelaki Asia. Menariknya, kampung itu seolah-oleh dipenuhi malaikat kerana kanak-kanak semuda lima dan enam tahun sudah menghafal al-Quran,&#8221; katanya yang kadangkala menginap di hotel di Deasuk atau menumpang rumah rakan di Mansourah.<\/p>\n\n\n\n<p>Seminggu berada di kampung itu, sembilan rakannya tidak mampu meneruskan pengajian kerana tidak tahan dengan ketegasan Sheikh Waheed .<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya dan Tajudin saja yang menamatkan pengajian dalam tempoh beberapa bulan. Rupanya, Sheikh Waheed sudah membaca berita saya yang disiarkan dalam akhbar. Beliau bersetuju mengambil saya dan rakan sebagai anak muridnya kerana mengetahui saya ada asas dalam perubatan Islam,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas tamat pengajian, Sheikh Waheed memberitahu beliau sengaja berlagak garang kerana mahu muridnya menjadi kuat dan tahan segala ujian termasuk daripada manusia serta makhluk halus.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Paling tidak dapat dilupakan, selepas menamatkan pengajian kitab dan amali, Sheikh Waheed memeluk saya sambil menangis memberitahu beliau bukan manusia baik tetapi berlakon garang dan tegas. Beliau juga memberitahu suatu hari nanti saya akan menjadi insan masyhur di Malaysia. Pada awalnya, saya tidak menghiraukan ucapan Sheikh Waheed itu, tetapi kini baru saya tahu masin mulutnya mendoakan saya,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaik menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar, Sharhan pulang ke tanah air dan bertekad mahu berkhidmat kepada masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menerima tawaran mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kerana bapanya, Ustaz Shafie Abdul Rahman, dan ibu, Ustazah Khadijah Abdullah, mahu melihatnya menjadi guru.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa sama, Ustaz Sharhan, dilamar pihak Astro menjadi hos program Expose Mistik (Astro Prima), Ilmu Alam Ghaib (TV3) dan Tanyalah Ustaz (TV9).<\/p>\n\n\n\n<p>Sempat mengajar seketika di Sekolah Kebangsaan Kubang Rotan, Kedah, Sharhan terpaksa berhenti menjadi pendidik kerana mahu menumpukan perhatian dalam bidang perubatan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bapa tidak setuju tetapi ketika itu sekolah tempat saya mengajar dikunjungi orang ramai tanpa mengira waktu untuk berubat. Keadaan ini menyebabkan saya terpaksa memilih antara kerjaya sebagai guru atau perubatan Islam,&#8221; katanya yang pernah menganggotai Jawatankuasa Bertindak Histeria Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Keluarga turut diganggu<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menasihati orang ramai memilih perawat perubatan Islam yang betul kerana sekarang terlalu ramai yang mengaku boleh merawat dan mahu menjadi `bomoh&#8217; sedangkan tiada ilmu kerana melihatkan ganjaran material.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, masyarakat juga harus sedar bukan semua penyakit disebabkan gangguan jin dan makhluk halus.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ada pesakit yang datang ke klinik saya, mengadu kebas kaki tangan mencucuk, saya suruh mereka ke hospital dulu kerana lazimnya ia kerana simptom penyakit kencing manis bukan gangguan jin,&#8221; katanya turut mengakui kadangkala keluarganya turut diganggu makhluk halus.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumber: <em>https:\/\/www.bharian.com.my\/bhplus-old\/2015\/03\/41634\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dibaling dengan selipar hanya kerana bacaan Bismillah dan surah Fatehah tidak betul antara pengalaman tidak dapat dilupakan pakar perubatan Islam,<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2385,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[6,59],"tags":[],"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v19.13 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Kisah jin takut dengar nama Sheikh Waheed Abdul Salam Bali - GPMM<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"en_US\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Kisah jin takut dengar nama Sheikh Waheed Abdul Salam Bali - GPMM\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"Dibaling dengan selipar hanya kerana bacaan Bismillah dan surah Fatehah tidak betul antara pengalaman tidak dapat dilupakan pakar perubatan Islam,\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"GPMM\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/GabunganPerawatMuslimMalaysia\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2022-02-14T06:23:43+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2022-02-14T06:34:11+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/Sharhanshafie.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"800\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"445\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"gpmmfrontdesk\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@GPMM_Official\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@GPMM_Official\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"gpmmfrontdesk\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"4 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/\"},\"author\":{\"name\":\"gpmmfrontdesk\",\"@id\":\"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#\/schema\/person\/b1987196708269be1fb3b4ded6f78daf\"},\"headline\":\"Kisah jin takut dengar nama Sheikh Waheed Abdul Salam Bali\",\"datePublished\":\"2022-02-14T06:23:43+00:00\",\"dateModified\":\"2022-02-14T06:34:11+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/\"},\"wordCount\":866,\"publisher\":{\"@id\":\"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#organization\"},\"articleSection\":[\"MENARIK\",\"Segmen jin dan kehidupannya\"],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/\",\"url\":\"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/\",\"name\":\"Kisah jin takut dengar nama Sheikh Waheed Abdul Salam Bali - GPMM\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#website\"},\"datePublished\":\"2022-02-14T06:23:43+00:00\",\"dateModified\":\"2022-02-14T06:34:11+00:00\",\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/\"]}]},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Kisah jin takut dengar nama Sheikh Waheed Abdul Salam Bali\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#website\",\"url\":\"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/\",\"name\":\"Gabungan Perawat Muslim Malaysia\",\"description\":\"Gabungan Perawat Muslim Malaysia\",\"publisher\":{\"@id\":\"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":\"required name=search_term_string\"}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#organization\",\"name\":\"Gabungan Perawat Muslim Malaysia\",\"url\":\"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#\/schema\/logo\/image\/\",\"url\":\"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/Logo-small.jpg\",\"contentUrl\":\"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/Logo-small.jpg\",\"width\":248,\"height\":90,\"caption\":\"Gabungan Perawat Muslim Malaysia\"},\"image\":{\"@id\":\"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#\/schema\/logo\/image\/\"},\"sameAs\":[\"https:\/\/www.instagram.com\/GPMM.Official\/\",\"https:\/\/www.youtube.com\/channel\/UCFX_l_7YhVrV4W5JVryh2Dw\",\"https:\/\/www.facebook.com\/GabunganPerawatMuslimMalaysia\",\"https:\/\/twitter.com\/GPMM_Official\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#\/schema\/person\/b1987196708269be1fb3b4ded6f78daf\",\"name\":\"gpmmfrontdesk\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Kisah jin takut dengar nama Sheikh Waheed Abdul Salam Bali - GPMM","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/","og_locale":"en_US","og_type":"article","og_title":"Kisah jin takut dengar nama Sheikh Waheed Abdul Salam Bali - GPMM","og_description":"Dibaling dengan selipar hanya kerana bacaan Bismillah dan surah Fatehah tidak betul antara pengalaman tidak dapat dilupakan pakar perubatan Islam,","og_url":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/","og_site_name":"GPMM","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/GabunganPerawatMuslimMalaysia","article_published_time":"2022-02-14T06:23:43+00:00","article_modified_time":"2022-02-14T06:34:11+00:00","og_image":[{"width":800,"height":445,"url":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-content\/uploads\/2022\/02\/Sharhanshafie.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"gpmmfrontdesk","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@GPMM_Official","twitter_site":"@GPMM_Official","twitter_misc":{"Written by":"gpmmfrontdesk","Est. reading time":"4 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/"},"author":{"name":"gpmmfrontdesk","@id":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#\/schema\/person\/b1987196708269be1fb3b4ded6f78daf"},"headline":"Kisah jin takut dengar nama Sheikh Waheed Abdul Salam Bali","datePublished":"2022-02-14T06:23:43+00:00","dateModified":"2022-02-14T06:34:11+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/"},"wordCount":866,"publisher":{"@id":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#organization"},"articleSection":["MENARIK","Segmen jin dan kehidupannya"],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/","url":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/","name":"Kisah jin takut dengar nama Sheikh Waheed Abdul Salam Bali - GPMM","isPartOf":{"@id":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#website"},"datePublished":"2022-02-14T06:23:43+00:00","dateModified":"2022-02-14T06:34:11+00:00","breadcrumb":{"@id":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/#breadcrumb"},"inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/"]}]},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/2022\/02\/14\/jin-takut-guru-ustaz-sharhan\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Kisah jin takut dengar nama Sheikh Waheed Abdul Salam Bali"}]},{"@type":"WebSite","@id":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#website","url":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/","name":"Gabungan Perawat Muslim Malaysia","description":"Gabungan Perawat Muslim Malaysia","publisher":{"@id":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/?s={search_term_string}"},"query-input":"required name=search_term_string"}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#organization","name":"Gabungan Perawat Muslim Malaysia","url":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/Logo-small.jpg","contentUrl":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-content\/uploads\/2020\/04\/Logo-small.jpg","width":248,"height":90,"caption":"Gabungan Perawat Muslim Malaysia"},"image":{"@id":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["https:\/\/www.instagram.com\/GPMM.Official\/","https:\/\/www.youtube.com\/channel\/UCFX_l_7YhVrV4W5JVryh2Dw","https:\/\/www.facebook.com\/GabunganPerawatMuslimMalaysia","https:\/\/twitter.com\/GPMM_Official"]},{"@type":"Person","@id":"http:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/#\/schema\/person\/b1987196708269be1fb3b4ded6f78daf","name":"gpmmfrontdesk"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2384"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=2384"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2384\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":2396,"href":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/2384\/revisions\/2396"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-json\/wp\/v2\/media\/2385"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=2384"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=2384"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.gpmmcare.org\/buletin\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=2384"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}