GPPM adalah singkatan kepada Gabungan Perawat Muslim Malaysia (PPM-012-10-23072018) secara rasmi ditubuhkan pada tahun 2019 yang mana telah melalui proses penjenamaan semula, bagi membentuk struktur gerakerja yang komprehensif dengan objektif yang lebih luas, sebelum ini dikenali sebagai Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA) yang telah ditubuhkan pada tahun 2012.

Konvensyen dari arkib Gappima 
Perasmian AGM dari mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi dihadiri Almarhum Tuan Guru Dato Haron Din Al-Hafiz 
Melalui skop baharu GPMM ditubuhkan bertujuan menggabungkan seluruh persatuan dan pengamal pengubatan yang beragama Islam di semua lapangan dan kaedah komplementari dari seluruh negara di bawah satu bumbung yang sama agar dapat mewujudkan satu suara yang kuat dalam pemartabatan kepelbagaian kaedah pengubatan komplementari nasional dan disegani.
Matlamat yang lebih besar penubuhan GPMM ialah dengan adanya kesatuan suara dan usaha ini, perjuangan GPMM diharapkan dapat mewujudkan aktanya sendiri agar pengubatan Islam diletakkan di bawah Majlis Raja-raja Melayu dan mufti di negeri masing-masing juga sebagai salah satu platform kepada pengamal-pengamal pengubatan komplementari menimba ilmu dan pengalaman dengan kerjasama pelbagai agensi yang diiktiraf kerajaan seluruh negara.
Banyak lagi matlamat dan tujuan yang akan dan boleh diperjuangkan melalui GPMM ini. Kami mengharapkan agar persatuan-persatuan dan pengamal pengubatan Muslim di seluruh negara dapat memberi dokongan dan kerjasama kepada GPMM melalui kerangka agenda dan hala-tuju Islamik dengan jayanya.
