Hukum Meruqyah Pesakit Ketika Sedang Berhadath Besar

Peruqyah boleh meruqyah pesakit walaupun sedang berhadath besar namun ia tertakluk samada ruqyah itu disertai dengan lafaz dari ayat-ayat al-Quran atau tidak. Adalah tidak mengapa jika peruqyah sekadar membaca doa dari hadith2 Nabi saw atau zikir2 tertentu. Namun jika tidak? dia baik lelaki mahupun wanita kena mengangkat hadath terlebih dahulu disusuli dengan berwuduk bagi yang berjunub kerana jimak.

Isu sering berbangkit ialah jika peruqyah itu seorang wanita, bolehkah dia meruqyah dengan membaca ayat2 al-Quran?, baik ketika masih dalam nifas atau dalam haid.

Persoalan tersebut akan diberi pencerahan seperti berikut:

Pada umumnya seorang wanita yang sedang haid misalnya boleh membaca al-Quran sekiranya ada keperluan mendesak, seperti untuk tujuan peperiksaan atau menghafal. Atau jika dia sedang menghadapi pesakit kerasukan yang memerlukan dia bertindak segera dengan meruqyah dengan bacaan ayat2 al-Quran. Walaupun begitu, membaca al-Quran dengan niat untuk tilawah secara biasa diharamkan oleh sesetengah pendapat.

Sebagai alternatif, opsyen lain adalah dengan membaca di dalam hati, membaca dengan niat zikir dan doa atau diperdengarkan bacaan dari peranti untuk tujuan penyembuhan.

Tatacara peruqyah membaca al-Quran ketika sedang haid atau uzur syar’ie adalah seperti berikut:

  1. Membaca al-Quran di dalam hati tanpa melafazkan sebarang kalimah secara jahar adalah dibenarkan dan tiada masalah dari sudut hukum.
  2. ⁠Kerana darurat iaitu jika dalam keperluan mendesak, seperti untuk mengulangi hafalan atau menghadapi peperiksaan, tasmik bacaan ruqyah dsb.
  3. ⁠Ketika dalam keadaan terdesak seperti pesakit tiba-tiba kerasukan dan meracau teruk maka bolehlah diruqyah menerusi ayat2 al-Quran meskipun secara jahar.
  4. ⁠Ketika perawat sendiri yang jasadnya diserapi oleh entiti jahat maka dia boleh meruqyah dirinya sendiri dengan ayat2 al-Quran.
  5. ⁠Boleh memperdengar bacaan al-Quran melalui CD, kaset, pendrive atau sebarang peranti elektronik tanpa dilafazkan ayat tersebut oleh perawat.
  6. ⁠Bagi pesakit wanita yang uzur syar’ie juga begitu, dia boleh diruqyah dengan ayat2 al-Quran.
  7. ⁠Sebagai solusi lain selain meruqyah dengan ayat al-Quran, maka disarankan perawat dan pesakit memperbanyakkan zikir, doa, selawat, dan istighfar atau apa2 ikhtiar yang tidak menyalahi syarak dan selari dengan aqidah ahl al-sunnah wa al- jamaah.
  8. ⁠Jika peruqyah sedang dalam keadaan berjunub, pergilah mengangkat hadath dengan mandi junub tanpa berlengah dan berwuduk dahulu, bukan payahpun.
  9. ⁠Jika di sisi perawat itu ada perawat lain yang tidak berhadath besar, serahkan sahaja kepadanya urusan rawatan.

Rumusan:

Semoga sedikit penerangan di atas dapat memberi maklumat berhubung hukum meruqyah pesakit dengan bacaan ayat-ayat al-Quran sedangkan perawat, khususnya perawat wanita ketika itu sedang uzur syar’ie.

Sekian.
drAbdy 30.11.2025

Rujukan;

  • Nota kuliah perubatan
  • ⁠Kitab-kitab Fiqh Perubatan