Rentetan hidup sesosok jin
Jin umumnya melalui rentetan hidup yang hampir sama dengan manusia . Jin juga memiliki syahwat dan naluri untuk berkeluarga, berzuriat dan menimang anak serta memiliki cucu dan cicit. Saya cuba senaraikan beberapa info ringkas berdasarkan pengalaman dan jika ada yang berbeza, itu sudah lumrah.
Antaranya:
- Jin adalah pemilih dalam mencari jodoh atau pasangan seperti soal dara calon isterinya juga dititik beratkan, yakni bukan sembarangan dijadikan pasangan.
- Jin akan membina dan mengurus sendiri kehidupan ahli2 keluarganya.
- Jin wanita biasanya akan hamil dalam tempoh beberapa bulan iaitu lebih pendek tempohnya berbanding manusia.
- Jin wanita biasanya akan melahirkan anak kembar serentak antara 6-8, kadang2 lebih dari itu.
- Tempoh menyusu pula panjang iaitu sehingga 40 tahun yang dikira masih bayi.
- Usia dewasa jin ialah sekitar 80-100 tahun dan akan berkahwin dalam usia lazimnya 120 tahun dan ke atas.
- Pasangan jin memberi perhatian dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya.
- Kes pergolakan juga berlaku dalam perkahwinan mereka atas sebab dan konflik tertentu.
- Ada kes suami atau isteri lari dari rumah, yakni dari tempat tinggal mereka.
- Anak-anak jin juga kerap lari dari rumah setelah bercampur dengan jin2 nakal dan terjebak dalam ketagihan dadah, arak, lgbt dsb.
- Jin juga ada yang beragama Islam, Kristian, Budha, Atheis bahkan ada yang berideologi komunis, sama seperti manusia. Selain itu ada yang mengaku menganut dan menyokong fahaman politik tertentu yang terdapat di negara ini.
- Jin juga boleh terlibat dalam peperangan antara bangsa jin sesama mereka setelah mengalami konflik yang berpanjangan tanpa perdamaian.
- Jin muslim lebih gemar bertandang ke masjid untuk turut mendengan kuliah agama, bersolat dan mengaji di masjid manakala jin non muslim atau tanpa anutan agama akan duduk2 di sekitar atau perkarangan masjid. Bila azan dilaungkan dia akan lari sekejap atau tutup telinga, kemudian datang balik.
- Kebiasaan setelah jin diislamkan, dia akan dihantar oleh perawat ke masjid tertentu yang terdapat ramai jin muslim untuk turut belajar agama bersama termasuk dengan guru2 agama bangsa jin. Saya percaya ramai perawat yang menyedari masjid yang terdapat ramai jin muslim.
- bersambung..,,
-DrAbdy 15.6.25

