Ilmu pengubatan itu luas
Setiap perkara jika ada yang batil atau fasad tentu ada sisi lain yg haq dan sahih. Sebahagian perawat cuma melihat dari satu sisi iaitu fasad, ini termasuk hal yang mencarikkan adat, khurafat, tenaga dalam, jurus, kuasa minda, dan lain-lain sebagai perkara karut maruk, jampi mantera dan lain-lain yang disifatkan sebagai bersalahan denga ajaran Islam.
Benarkah begitu? . Perawat sumbu pendek akan kata ya tanpa meneliti secara mendalam, cuma berbekalkan kejahilan semata-mata.
- Hal yang mencarikkan adat tidak semuanya salah, ada juga yang betul.
- Khurafat bukan semua mengarut. Nabi saw sendiri yang membenarkan berita tang dibawa oleh Khurafah r.a.
- Tenaga dalam juga ada yang betul dan ada yang salah.
- Jurus juga begitu ada jenis yang salah dan ada yang harus.
- Kuasa minda atan mind power juga ada yang sahih dan ada yang fasad.
- Jampi mantera dalam Bahasa Arab disebut ruqyah juga ada yang syar’i dan ada yang bukan syar’i.
Justeru itu memukul rata semua perkara yang disebutkan di atas sebagai menyeleweng dari ajaran Islam adalah kesimpulan yang melulu. Perawat jangan merasa hebat sehingga semua perkara yang dirasakan sebagai tidak betul adalah sesat belaka.
Jika ada pendapat sendiri, tulislah tiada siapa nak larang. Jika ingin bertanya lanju untuk kefahaman maka bertanyalah sebagai orang yang ingin tahu, bukan mengkritik tanpa hujung pangkal dan mengatakan tidak bersetuju sedangkan dia sendiri tidak tahu apa yang tidak disetujuinya itu.
Kesimpulan
Bersikaplah secara bijaksana dan jika ada kemusykilan kemukakan pertanyaan secara berhikmah agar setiap hal yang kusut dapat dijernihkan.
-DrAbdy, Kota Samarahan, 9.11.24

